MALAYSIAKINI
NGO pendesak Melayu, PERKASA menasihatkan Menteri
Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin supaya jangan menjadi 'jurucakap
Putrajaya' berhubung isu penggunaan kalimah Allah.
Setiuasaha Agung PERKASA, Syed Hassan Syed Ali berkata ini kerana Khairy bukanlah perdana menteri atau menteri hal ehwal Islam.
"Sebagai Ketua Pemuda Umno dan BN, selayaknya bercakap hak berkaitan parti, bukan hal urusan kerajaan kecuali kementerian kamu," katanya dalam satu kenyataan.
Beliau menjawab kenyataan Khairy bahawa kabinet tetap dengan penyelesaian 10 Perkara berkaitan dengan penggunaan kalaimah 'Allah dalam Bible bahasa Melayu.
Khairy membuat kenyataan itu selepas kabinet Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dikritik kerana membisu berhubung kemelut yang berterusan itu, walaupun mendakwa telah membincangkan perkara itu beberapa minggu lalu.
Isnin lalu, Ahli Parlimen DAP Seputeh, Teresa Kok menegaskan bahawa telah dilaporkan pada 9 Januari lepas bahawa Najib akan mengumumkan keputusan kabinet mengenai isu itu.
Sehingga ini, perdana menteri belum membuat sebarang pengumuman mengenai keputusan kabinet itu.
Sementara itu, Syed Hassan berkata, PERKASA ingin bertanya kepada Khairy apakah 10 perkara penyelesaian Putrajaya dalam isu Bible bahasa Melayu.
"Tolong senaraikan 10 perkara itu? Apakah ada sebut kebenaran penggunaan kalimah Allah dalam Bible bahasa Melayu dalam 10 perkara itu?" soalnya lagi.
Antara lain, penyelesaian 10 perkara itu membolehkan pihak gereja mengimport atau mencetak Bible bahasa Melayu dan juga membolehkan rakyat Sabah dan Sarawak menggunakan Bible tersebut di Semenanjung Malaysia.
"Elok YB Khairy beri komen apa yang telah dititahkan oleh Yang di-Pertuan Agong sempena sambutan ulang tahun kelahiran Tuanku baru-baru ini yang mana titah baginda bahawa kalimah Allah hanya esklusif untuk umat Islam sahaja.
"Kami tak membaca di mana-mana media komen YB Khairy berkaitan titah Tuanku Yang di-Pertuan Agong itu," tambahnya.
Syed Hassan juga turut membidas Khairy, dengan berkata PERKASA
masih menyimpan rekod bahawa Khairy antara orang terawal yang berada di sebuah gereja yang terbakar beberapa tahun lalu.
"Tetapi tidak nampak muka di mana-mana masjid dan surau yang telah dilempar kepala dan isi babi sebelum ini.
"Apakah itu perjuangan seorang ketua Pemuda Umno?" tanya Syed Hassan lagi.
PERKASA juga mendesak menteri yang menjaga hal ehwal Islam, Datuk Seri Jamil Khir memperjelaskan 10 perkara yang dimaksudkan itu, apakah membabitkan kebenaran pengunaan Kalimah Allah dalam Bible bahasa Melayu.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan