Sabtu, 18 Januari 2014

Ikhlas gesa hapuskan AP


Mohd Ridzuan Abdullah Mohd Ridzuan Abdullah


SHAH ALAM - Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana (Ikhlas) menggesa kerajaan supaya menghapuskan Dasar Permit Import (AP) sebagai langkah awal untuk membanteras monopoli perniagaan yang telah menyumbang kepada kenaikan harga barangan yang tidak terkawal sejak akhir-akhir ini.

Menurut Presidennya, Mohd Ridzuan Abdullah, amalan pemberian AP itu hanya menggalakkan taikun dalam menentukan harga pasaran khususnya yang melibatkan komoditi dan keperluan rakyat.

"Mereka ini mempunyai pengaruh dalam menentukan turun dan naik harga pasaran.

"Jika dasar itu mahu diteruskan, ia perlu dikaji semula dan berikan AP itu kepada 100 syarikat dan dengan cara ini harga barangan akan turun kerana banyak persaingan," katanya kepada Sinar Harian Online, hari ini.

Tiada ulasan: