ANTARAPOS.COM
KUALA LUMPUR: Keadaan kesihatan Timbalan Musyidul Am Pas, Datuk Dr.
Haron Din yang menerima rawatan di Institut Jantung Negara (IJN) sejak
semalam dilaporkan stabil.
Satu sumber memberitahu, beliau berada dalam stabil dan sedarkan diri
dan bukannya kritikal seperti digembar-gemburkan sesetengah pihak.
Dalam pada itu, menurut status yang dimuat naik di laman facebook 'Tuan
Guru Dato' Dr. Haron Din (Official)' 22 jam lalu, keadaan beliau
beransur pulih tetapi masih mendapatkan rawatan kerana kesihatan yang
sedikit terganggu.
Sementara itu, Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Datuk Amiruddin Hamzah
ketika dihubungi berkata, perkembangan terkini mengenai keadaan Haron
belum diketahui dengan pihak keluarga Haron meminta kerjasama semua
pihak supaya memberi ruang kepadanya untuk berehat.
Sementara itu, bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad adalah antara pemimpin yang melawat Haron di IJN hari ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan