Khamis, 9 Januari 2014

Chandra harus hormat mahkamah, akui tarik fitnah terhadap Anwar

Basyar Abkadir

DSAI_COURT


KUALA LUMPUR : Presiden Pergerakan Keadilan Sedunia (JUST) Dr Chandra Muzaffar diberi amaran supaya menghormati keputusan mahkamah dan mengakui penarikan fitnahnya terhadap ketua Umum keadilan, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dalam kenyataan dikeluarkan Biro Guaman KEADILAN, Chandra telah mengeluarkan kenyataan yang mengelirukan apabila menyatakan penarikan fitnahnya sebelum ini adalah sebagai ‘imbalan balik’ daripada penarikan dua kenyataan yang pernah dibuat Anwar sebelum ini.

“Chandra mendakwa dia menarik balik dakwaan palsu beliau terhadap bunyi loceng kuil dalam pertikaian Kampung Rawa , sebagai isyarat timbal balik kerana Anwar telah menarik balik dua tuntutan lain terhadap dia.

“Penyataan Chandra adalah terang-terangan mengelirukan, tidak benar dan bertentangan dengan penarikan tuduhan beliau terhadap Anwar,” kenyataan peguam Latheefa Koya dan N Surendran dipetik.

Menurut Latheefa, kenyataan Chandra mengelirukan kerana Anwar langsung tiada membuat sebarang penarikan kenyataan sebagaimana yang didakwa Chandra.

“Anwar tidak pernah menarik balik apa-apa tuntutan terhadap Chandra, tetapi tahun lepas hanya dipinda kenyataan tuntutan untuk menjelaskan isu-isu dalam kes mahkamah .

“Kedua, tuntutan Chandra bahawa penarikan balik beliau dakwaan di mahkamah pada 7 Januari 2014 merupakan suatu isyarat timbal balik adalah tidak masuk akal, kerana pindaan tuntutan itu telah dibuat setahun yang lalu.
chandra
“Jika berlaku sedemikian mengapa tidak Chandra membuat apa yang dipanggil ‘isyarat timbal balik’ tahun lalu apabila Anwar meminda samannya?, soal Latheefa.

Sehubungan itu mereka menggesa agar Chandra bersikap secara jujur terhadap sebarang dakwaan yang dilakukan dan mengakui penarikan fitnah terhadap Anwar yang pernah dibuat mahkamah sebelum ini.

“Kami menyeru Dr Chandra Muzaffar untuk mengakui bahawa penarikan balik fitnah beliau adalah tanpa syarat, dan dan jujur dalam kenyataan penarikan fitnah beliau, ” katanya.

Chandra Muzafar pada 6 Mac 2008 telah membuat kenyataan fitnah dengan menyatakan bahawa Anwar akan menghentikan bunyi kuil di seluruh negara berhubung pertikaian bunyi loceng di salah sebuah kuil di kampung Rawa.

Bagaimanapun fitnah tersebut ditarik balik oleh Chandra di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur 7 Januari lalu.

Tiada ulasan: