Di atas adalah contoh kasar, semakin
banyak kelengkapan pakaian sekolah anak-anak anda diperlukan semakin
tinggi belanja persekolahan mereka. Itu baru seorang. Bagaimana pula
dengan keluarga yang memiliki 3-5 anak yang bersekolah?
Bantuan Persekolahan RM100 2014 VS Kenaikan Harga Barang?
Harga di Semenanjung semestinya lebih
murah berbanding ibubapa yang tinggal di Sabah. Setiap kawasan kelompok
keluarga ada cabaran tersendiri dalam membesarkan anak-anak terutamanya
yang masih bersekolah. Dengan lonjakan harga barang yang tidak pernah
menemui “noktah” ketika ini, terbaru harga alat tulis juga akan melonjak
antara 20%-30%.
Bantuan Persekolahan RM100 2014
- 5.4 juta pelajar sekolah rendah, menengah akan mendapat Bantuan Persekolahan RM100 2014
- Bantuan Persekolahan RM100 2014 melibatkan peruntukkan RM540 juta
- Bantuan Persekolahan RM100 2014 diagihkan 15 Januari 2013
Cuma pada pandangan Berita Semasa adalah
lebih banyak bantuan seumpama ini diagihkan sebelum bermula
persekolahan iaitu pada 2 Januari 2014 semula supaya dapat mengurangkan
beban ibubapa menyiapkan kelengkapan anak-anak ke sekolah. Bagi Berita
Semasa bentuk bantuan sebegini agak baik dan diharap golongan kaya tidak
dimasukkan dalam senarai penerima supaya bantuan seperti hanya
disasarkan kepada golongan pertengahan dan berpendapatan rendah sahaja.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan