Isnin, 6 Januari 2014

Anwar: Kerajaan Pusat perlu teladani kepimpinan dan toleransi Khalifah Islam

Oleh: NAZLI IBRAHIM


PUCHONG: Kenyataan dikeluarkan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria bahawa darah penentang kerajaan melalui demontrasi untuk halal dihukum bunuh menyebabkan Islam dipandang negatif.

Kerajaan Pusat harus mencontohi tindakan Saidina Ali Abi Talib ketika menjadi Khalifah Ar-Rasyidin yang menghantar Ibnu Abbas bagi bertemu golongan pemberontak sebelum boleh mengisytiharkan golongan penentangnya itu sebagai ‘bughah’.

4

Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata tindakan menghantar Ibnu Abbas itu diambil bagi mengetahui isu sebenar yang menyebabkan golongan itu tidak berpuas hati lalu mengambil sikap menentang kerajaan pimpinan beliau.

“Saidina Ali pernah mengirimkan Ibnu Abbas yang dianggap orang yang paling sederhana dan boleh diterima semua pihak. Dia tak hantar Jeneral atau Ketua Polis Negara dan sebagainya.

“Ketika ini ada di kalangan pihak tertentu jadikan isu bughah ini untuk menyerang Islam. Ini kesilapan besar. Ini bukan pertembungan antara agama tetapi pertembungan dengan orang yang dangkal menggunakan agama untuk maksud politik” kata Anwar.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ceramahnya dalam Kursus Merdeka Rakyat yang diadakan di Pusat Reformasi Demokrasi dan Inisiatif Sosial di sini, hari ini.

Anwar memberitahu dalam kursus yang disertai kira-kira hampir 200 peserta isu, isu bughah juga ada disentuh di dalam kitab agama di Johor yang diguna pakai di sekolah agama pondok negeri itu.

“Di antara teks penting di Johor yang digunakan di Sekolah Agama di Johor namanya Mutaal Badrin, teks yang banyak di sekolah pondok.

8

“Menurut kitab itu, sebelum (diisytihar) bughah, seorang perantara yang dianggap bebas hendaklah dikirimkan kepada mereka untuk menanyakan apa isu mereka, mengapa marah, mengapa mereka kutuk kerajaan, adakah tiada keadilan di situ,” kata Anwar.

Kata Anwar lagi, apa yang dinyatakan di dalam Kitab Mutaal Badrin itu adalah selaras seperti mana tindakan Saidina Ali mengutuskan Ibnu Abbas bertemu dengan golongan penentang kerajaan beliau.

“Jangan bicara soal agama dengan maksud menghukum. Kalau begini cara pendekatannya, semasa masyarakat Melayu, Jawa masih lagi Hindu adakah saudara fikir ada yang nak masuk terima Islam? Tentu tidak ada.

7

“Murninya Islam itu kerana hikmahnya, kebijaksanaannya, kerana toleransinya dan keyakinannya membawa sesuatu yang lebih baik dan adil, bukan menanamkan ketakutan dan kebencian,” katanya lagi.

Sebelum ini, Harussani dalam satu kenyataan berkata golongan yang turun berdemontrasi membantah perhimpunan memprotes kenaikan kos sara hidup di Dataran Merdeka baru-baru ini sebagai golongan Bughah yang ‘halal darahnya’ untuk dihukum bunuh.EZY

Tiada ulasan: