Selasa, 14 Januari 2014

Allah: Pakatan perlu tetap pendirian agar tidak hilang sokongan, kata Rafizi

OLEH EILEEN NG

Sokongan terhadap Pakatan Rakyat mungkin terjejas jika masih enggan membuat pendirian berhubung isu kalimah Allah, kata Rafizi Ramli. – Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 14 Januari, 2014.Sokongan terhadap Pakatan Rakyat mungkin terjejas jika masih enggan membuat pendirian berhubung isu kalimah Allah, kata Rafizi Ramli. – Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari,



























Sikap Pakatan Rakyat (PR) yang masih tidak membuat keputusan berhubung kemelut isu kalimah Allah akan menyebabkan pakatan pembangkang menghampiri pengakhiran politiknya dalam tempoh tiga tahun, yang mungkin memberi kelebihan kepada Umno.

Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli, berkata tindakan berat mulut pakatan pembangkang mungkin menyebabkan keputusan kaji selidik Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMCEDEL) Disember lalu yang menunjukkan 77% undi Melayu berpendapat terma Allah tidak patut digunakan oleh bukan Islam.

Keputusan kaji selidik itu, di sebalik hakikat bahawa pendirian Pakatan selama tiga tahun lalu ialah terma itu tidak eksklusif kepada mana-mana komuniti, katanya, pendirian yang memberikan mereka undi.

“Saya tidak rasa kita boleh menyalahkan kepimpinan Pakatan kerana jika ada satu kenyataan dibuat tanpa difikirkan dengan baik boleh membawa kepada keadaan yang lebih teruk,” katanya di forum pilihan raya, malam tadi.

Bagaimanapun, Ahli Parlimen Pandan penggal pertama itu memberikan amaran jika Pakatan terus enggan membuat keputusan dan berdolak-dalik mengenai pendirian mereka, maka mereka akan jatuh ke tangan Umno atau pihak yang berfikiran seperti itu yang percaya bahawa bermain dengan elemen perkauman dan agama adalah formula terbaik untuk terus berkuasa.

Beliau berkata, kepimpinan Pakatan perlu mengambil peranan dan berdepan dengan perkara itu kerana apa pun jua kedudukan yang diambil adalah lebih baik daripada membenarkan Umno terus memanipulasi situasi itu.

“Adalah amat penting untuk kalangan pemimpin Pakatan Rakyat untuk mencari jiwa dan bertafakur bagi mendapatkan kaedah terbaik untuk kita berdepan dengan raksasa ini,” katanya.

Mengakui tugas yang menanti bukan mudah dan mungkin meletakkan sokongan pilihan raya mereka dalam keadaan berisiko, Rafizi bagaimanapun berpendapat, jika situasi semasa berterusan,  masyarakat yang progresif pun boleh hilang harapan.

Lebih pun, katanya, akan wujud isu dan skandal lain dalam tempoh beberapa tahun akan datang yang akan meneutralkan kekurangan sokongan.

Satu lagi kaedah yang boleh diambil oleh Pakatan dalam mengendalikan isu itu ialah memberi tekanan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk memenuhi janji perdamaian yang dibuatnya selepas Pilihan Raya Umum ke-13 di mana beliau menyeru semua supaya bersatu dan menolak polik ekstrem.

“Pakatan perlu membuat keputusan mengenai perkara itu secepat mungkin. Tidak berbuat apa-apa akan terus meletakkan negara dalam keadaan ketidakpastian dan suasana cepat berubat apabila elemen tidak bertanggungjawab boleh mempermainkan kewarasan itu berhubung kaum dan agama,” katanya.

Menjelang 2014, ketegangan semakin marak mengenai isu penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam apabila kumpulan Muslim bertegas mengatakan ia eksklusif untuk Islam.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa Najib untuk membuat pendirian berhubung kontroversi itu dan mengisytiharkan bahawa beliau tidak bersetuju tindakan dan cara Jabatan Agama Islam Selangor (Jais).

Serbuan Jais di premis Persatuan Bible Malaysia dan merampas 300 salinan Bible dalam bahasa Melayu dan Iban dilihat sebagai serangan balas kepada kenyataan editor Herald, Paderi Lawrence Andrew iaitu gereja di Selangor akan terus menggunakan Allah dalam upacara keagamaan mereka dalam bahasa Malaysia, susulan amaran daripada Jais untuk berhenti.

Andrew disiasat oleh polis, dan beliau mungkin didakwa kerana kesalahan hasutan.

Meskipun cendekiawan Islam antarabangsa menjelaskan bahawa terma itu boleh digunakan oleh sesiapa, pihak berkuasa agama di Malaysia bertindak secara negatif terhadap laporan gereja yang menggunakan perkataan Allah dalam upacara dan bahasa mereka untuk komuniti Kristian yang berbahasa Malaysia.

Pertelingkahan agama itu turut membangkitkan persoalan pengesahan solusi 10-perkara yang diperkenalkan sebelum pilihan raya negeri Sarawak pada 2011, yang membenarkan Bible dalam bahasa Melayu dan Iban dicetak, diimport dan diedarkan di seluruh negara dengan beberapa syarat dikenakan untuk semenanjung.

Bagaimanapun, pengkritik mendakwa keseluruhan kontroversi itu adalah cubaan untuk mengalih perhatian daripada masalah ekonomi negara seperti peningkatan kos sara hidup berikutan kenaikan harga barang dan pemotongan subsidi.

Kemelut penggunaan kalimah Allah bermula pada 2008 apabila Herald diharamkan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) daripada menggunakan perkataan Arab itu. Gereja Katolik kemudian mencabar larangan itu di mahkamah dan menang apabila Mahkamah Tinggi pada Disember 2009 dalam keputusannya berkata, gereja secara perlembagaan berhak berbuat demikian.

Putrajaya kemudian membuat rayuan terhadap keputusan itu dan berjaya memusingkan keputusan awal apabila Mahkamah Rayuan pada Oktober lalu memutuskan bahawa “Allah bukan sebahagian daripada keimanan Kristian”.

Penganut Kristian membentuk kira-kira 9% daripada 29 juta populasi Malaysia. Hampir dua pertiga penganut Kristian di Malaysia adalah Bumiputera dan kebanyakannya berada di Sabah dan Sarawak yang secara rutin menggunakan bahasa Malaysia dan bahasa suku ketika mengamalkan agama, termasuk menggambarkanTuhan sebagai Allah dalam sembahyang dan kitab suci.

Selain Kristian Bumiputera dari Sabah dan Sarawak, sebahagian daripada mereka sudah berpindah ke semenanjung untuk menetap atau bekerja, penganut Kristian di kalangan Orang Asli di semenanjung juga lazimnya menggunakan bahasa Malaysia untuk bersembahyang.

Tiada ulasan: