Jumaat, 17 Januari 2014

Aiiiik, Suruhanjaya & ISP Kangkung Pun Ada?

KELAB GREENBOC


SKMM nafi sekat ISP 'kangkung'

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menafikan bahawa arahan telah dikeluarkan kepada penyedia perkhidmatan Internet (ISP) supaya menyekat sebuah artikel di lamanweb BBC mengenai kangkung yang dikaitkan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak.

Merujuk kepada artikel bertajuk “#BBCtrending: Be careful what you say about spinach”, Ketua Komunikasi Korporat SKMM, Sheikh Raffie Abdul Rahman berkata ia tidak dapat diakses mungkin kerana beberapa sebab, termasuk lebih bebanan kerana terlalu ramai pengguna internet cuba mengakses artikel itu pada masa yang sama.

Ketika dihubungi Malaysiakini, Sheikh Raffie berkata, SKMM tidak pernah mengeluarkan sebarang arahan kepada ISP atau mana-mana pihak untuk menyeka artikel itu.

Bagaimanapun, beliau "tidak pasti" sama ada ISP telah menyekat sendiri artikel itu tanpa pengakuan pihak berkuasa itu.

Artikel tersebut "tidak lagi disekat" pada jam 11.51 pagi ini selepas pelbagai laporan berita dan aduan daripada warga siber memenuhi beberapa forum dalam talian sejak malam tadi. -mk

ULASAN GB

Penyakit "kangkung" nampak sudah merebak luas. Bukan setakat kita ada PM Kangkung, menteri kangkung, parti kangkung, professor kangung, pegawai-pegawai kangkung, akhbar dan tv kangkung, blogger & fbookers kangkung, kini sudah ada Suruhanjaya Kangkung dan ISP Kangkung!

Jawapan Ketua Komunikasi Korporat SKMM, Sheikh Raffie Abdul Rahman terhadap kegagalan orangramai mengaksas #BBCTrending sejak malam tadi cukup meragukan. Katanya:

ia tidak dapat diakses mungkin kerana beberapa sebab, termasuk lebih bebanan kerana terlalu ramai pengguna internet cuba mengakses artikel itu pada masa yang sama.

Jawapan kangkung dari seorang pegawai Suruhanjaya Kangkung!

Dia ingat pelayan komputer yang digunakan oleh BBC sama seperti pelayan-pelayan yang digunakan oleh syarikat-syarikat di Malaysia atau yang digunakan oleh SKMM dan TMNet. Cukup kelakar apabila orang yang buta IT cuba memberikan jawapan mengenai IT kepada rakyat yang kebanyakan sudah celik IT.

Sekarang mengapa pula sudah boleh diakses? Kerana dah kena hentam cukup-cukup di alam siber baru tengadah dan ternganga?

Hukum kebenaran dan keadilan berjalan. Lagi disekat lagi banyak penghebahan tentang kangkung disiarkan di alam siber. Hari ini akhbar online Indonesia yang terkenal, kompas.com turut menyarkan berita tentang PM Kangkung kita.



PM Malaysia Tersandung Pernyataan soal Kangkung


KUALA LUMPUR, RABU — Perdana Menteri Malaysia Najib Razak menjadi bulan-bulanan ledekan warganya di media sosial internet dalam beberapa hari terakhir setelah berkomentar soal harga kangkung. Dalam sebuah pidato, Najib mengeluhkan mengapa rakyat tidak berterima kasih kepada pemerintah karena harga kangkung turun.

Begitu video rekaman pidato tersebut diunggah ke Youtube, hari Minggu lalu, para aktivis internet di Malaysia mulai membuat lelucon dan sindiran terhadap isi pidato tersebut. Seorang pengguna mengunggah foto desain kaus bertuliskan ”Keep Calm and Eat Kangkung”.

Sebagian pengguna lain membuat akun ”Hari Kangkung Sedunia” di Facebook dan membuat berbagai video atau foto parodi soal kangkung.

”Hari ini harga kangkung turun. Bila turun, kenapa tidak memuji pemerintah? Saat (harga) naik, pemerintah dipersalahkan. Itu tidak adil,” ujar Najib dalam rekaman video pidato tersebut.

Menurut kantor berita Bernama, pidato PM Najib itu disampaikan untuk menjelaskan kenaikan harga barang-barang di Malaysia belakangan ini. Ia berpidato dalam acara pemberian bantuan kepada korban banjir di Kemaman, Negara Bagian Terengganu, Minggu.

Pernyataan Najib ini dianggap tak sensitif di saat rakyat Malaysia mengeluhkan kenaikan harga barang-barang kebutuhan pokok. Rabu (15/1), Wakil PM Malaysia Muhyiddin Yassin mengumumkan pembentukan komisi khusus untuk menangani kenaikan biaya hidup dan harga barang-barang tersebut. (BBC/DHF)
-kompas.com

Tiada ulasan: