Jumaat, 22 Februari 2013

Zawawi Sudah Jelas Menegnai Foto 1Malaysia

MSO

Akhirnya Setiausaha Majlis Syura Ulamak (MSU) Nik Muhammad Zawawi Nik Salleh menyahut cabaran saya agar membuat penjelasan berhubung sekeping gambar beliau bersama bekas MB Perlis Shahidan Kassim dan Presiden MCA Chua Soi Lek serta beberapa orang lain yang sedang mengangkat telunjuk seperti simbol 1 Malaysia.

Foto yang jadi isu disiarkan dalam blog Merah Tinta.
Gambar itu menjadi tanda tanya bukan apa kerana beliau bersama pemimpin Umno dan MCA dan berkebetulan membuat pula simbol yang selalu dilakukan Najib Razak seakan mahu menyocoh sesuatu.

Seperti saya kata foto itu remeh saja dan tidak perlu pun diberi perhatian. Tetapi kerana waktu ini saat pilihan raya tiba ia menjadi penting dan perlu dijelaskan mengenainya.


Penjelasan itu bagi mengelak pihak tertentu terus menggunakan gambar itu sebagai isu politik.

Gambar itu banyak tersebar didalam internet dalam blog-blog pro pembangkang dan juga pro kerajaan. Saya mengambil inisitaif dan kebernaian untuk menyiarkan dalam blog saya, dengan tujuan untuk mendapat penjelasan sekaligus menjawab persoalan.

Kalau gambar itu tidak dikirimkan ke dalam e-mail saya dan ditanya bertalu-talu saya tidak menyiarkan untuk mendapat penjelasan itu. Saya bukan seorang penggemar menyiarkan gambar-gambar byang tidak tentu hala dan tidak ada nilai komersial.

Tetapi bagi pemerhati dan pendokong politik dan personaliti (Zawawi) yang mentah dan juga pengkritik yang otak kemetot akan menjadi celaru dan tertanya-tanya mengenai suasana gambar berkenaan. Justeru ia perlu penjelasan dengan penuh tanggungjawab.

Sebenarnya saya boleh jelas dan bela mengenai dakwaan buruk ke atas gambar itu tetapi saya mengira lebih molek dan lendik kalau tuan hak menjawabnya. Lagi pun rasanya Zawawi tidak perlu mengambil masa panjang kalau setakat untuk menjawab berkenaan gambar itu yang tidak payah untuknya membelek kitab-kitab muktabar karangan ulama-ulama agung dunia.

Jadi walaupun desakan itu dari blog saya, penjelasan Zawwi dalam Harkahdialy hari ini dianggap sebagai satu penjelasan sebenar dari beliau. Selepas ini jangan hendaknya ada sesiapa mempertikaikan lagi mengenai gambar berkenaan apa lagi ada hubungan kait kononnya ada rundingan dan pertemuan di antara beberapa MSU dengan pemimpin Umno atau BN dalam usaha untuk mewujudkan semula agenda Unity Gorvenment (UG) yang tergendala itu.

Seperti mana dijelaskan Zawawi didalam portal rasmi PAS itu gambar itu dirakam semasa beliau menghadiri Persidangan Centrist Asia Pacific Democrats International (CAPDI) kali ke-6 di Phnom Penh, Cambodia pada Disember 2010.

Menurut penjelasan Zawawi turut mewakili PAS menyertai persidangan tersebut ialah Naib Ketua Pemuda PAS Dr. Raja Ahmad Iskandar Al-Hiss dan Setiausaha Politik Presiden PAS Dr Ahmad Samsuri Mokhtar. Bagaimana pun kedua orang itu tidak ada dalam gambar mungkin tukang pukul gambar.

Mengenai simbol 1Malaysia itu kata Zawawi ianya bukan isyarat 1Malaysia seperti yang difitnah pihak tertentu, sebaliknya adalah simbol "One Nation Political Parties" yang merupakan trade mark kepada persidangan tersebut. (Jadi ianya kebetulan pula, nah disinilah diperlukan kepada penjelasan. Bila dijelas baru tahu telunjung ke langit itu bukan 1 Malaysia tetapi One Nation).

Dengan penjelasan itu, isu foto itu sudah selesai. Mana-mana pihak yang cuba mengaitakan gambar itu sebagai saksi ada perundingan anggota MSU dengan pemimpin Umno hendaklah diabadikan. Pun begitu saya tidak bertanggungjawab dengan sekeping lagi gambar diterakan dalam portal berita itu yang menunjukkan Mustapa Ali berdiri bersama Chua Soi Lek. Ini di mana pula?

Dan kepada seorang pengomen blog saya yang minta saya agar memohon maaf kepada Nik Zawawi kerana gambar itu sudah dijelaskan ia tidak berbangkit sama sekali. Tidak perlu saya memohon maaf kepada sesiapa kerana menyiar dan meminta penjelasan mengenai foto itu atau apa-apa isu adalah tanggungjawab saya sebagai penulis.

Dan kalau tidak ada kerja gila saya ini anda semua tidak dapat mengetahui apa yang sebenarnya dan terus berputar dengan dakwaan palsu sepanjang masa. Apabila Zawawi menjelaskan maka kita tahulah duduk perkara sebenarnya. Menyiar dan mendapat penjelasan foto itu yang menjadi isu adalah tugas saya yang tidak diarah oleh sesiapa pun melainkan ia adalah tanggungjawanb jihad saya. [wm.kl.4:57 pm 21/02/13]

Saya sertakan contoh sikap pengomen dalam blog saya. Nilai dan kajilah sendiri. Buah cempedak di luar pagar, apa nak dikatakan, hehe.

Tiada ulasan: