Jumaat, 15 Februari 2013

Undi UMNO lah Sebenarnya Boleh Jatuh Syirik dan Kufur (Haram)


Oleh: Tok Janggut

Tiba-tiba sahaja ada golongan yang mengaku ulamak (ular dalam semak) Kelantan membuat kenyataan bahawa mengundi PAS itu haram. Hujah dangkalnya yang setaraf dengan kanak-kanak belum baligh ialah kerana PAS menyokong Datok Seri Anwar membenarkan kalimah Allah digunakan dalam bible.

Menyamar kononya mereka ulama, tetapi tengok kenyataanya jelas mereka ini bebal, pekak dan buta agaknya. Apa kuasa DSAI dan PAS untuk membenarkan kalimah Allah itu digunakan dalam bible? Apakah selama ini bible di Sabah dan di Sarawak menggunakan kalimah Allah atas kebenaran dan kelulusan PAS dan DSAI? Begitu juga kelulusan kemasukan bible dari Indonesia yang menggunakan kalimah Allah itu juga dibuat oleh DSAI dan PAS? Dahsyat! Besar dan kuatnya pengaruh dan kuasa PAS serta DSAI sehingga boleh meluluskan perkara itu ya?

Apakah ular dalam semak itu sebenarnya adalah penyambung lidah iblis dan syaitan kerana begitu mudah dan selesa membuat fitnah semata-mata untuk mencari publisiti dan nama agar mendapat sesuatu habuan dari UMNO? Apakah mereka lupa bahawa Dato Nazri Aziz sendiri dalam Parlimen dulu pernah membuat kenyataan bahawa kebenaran dan kelulusan menggunakan kalimah Allah dalam bible di Sabah dan Sarawak dibuat oleh kerajaan iaitu termasuk Menteri dari kalangan UMNO? Begitu juga kebenaran dan kelulusan kemasukan bible dari Indonesia yang menggunakan kalimah Allah dibuat oleh Perdana Menteri dengan sokongan Menteri kabinet termasuk dari UMNO?

Bukankah Dato Noh Gadut dan Dato Harussani telah membuat kenyataan bahawa sesiapa yang melulus dan membenarkan kalimah Allah digunakan dalam bible maka mereka jatuh kufur dan kafir! Jadi siapakah yang kufur dan kafir sebenarnya sekarang? UMNO, PAS atau DSAI? Bukankah dengan kenyataan kedua-dua tokoh itu juga membawa maksud bahawa menyokong atau mengundi UMNO juga boleh membawa seseorang itu jatuh kufur dan kafir sama? Bukankah UMNO juga berjuang semata-mata kerana dasar kebangsaan dan menolak syariat Allah sebagai dasar perjuangan mereka dan juga menolak syariat Allah secara jelas untuk dilaksanakan malahan menghinaserta mempersenda syariat dan sunnah Nabi itu boleh membawa kepada syirik? Ini juga bermakna sesiapa yang menyokong dan mengundi UMNO itu jatuh syirik?

Kenyaataan paling bodoh dan tolol puak ular dalam semak ini ialah dengan mengatakan bahawa UMNO itu imam dan MCA serta parti kompenen lain dalam BN itu makmum. Sebenarnya, MCA itulah imam dalam BN. Gerakan, MIC dan PBS (Sabah) itu makmum saf pertama dan UMNO itu makmum saf kedua.

Itu sebabnya bila ada pemimpin UMNO yang cuba bercakap untuk melaksanakan hudud atau melaksanakan Islam dalam pentadbiran kerajaan, maka dengan sombong pemimpin MCA dan Gerakan membantah dan membidasnya, maka UMNO senyap dan menggeletar ketakutan. Tetapi apabila MCA dan Gerakan dengan terang dan terbuka menghina Islam dan menghina syariat Allah termasuk hudud, UMNO juga menggigil dan jadi bisu kerana tak berani untuk menegurnya. Jadi siapa imam sebenarnya dalam BN wahai ular dalam semak? Ulamak konon, tok guru pondok konon! Tapi akhlaknya buruk dan menjelaskan isi hati dan perut mereka yang busuk dan kotor sekali. Apakah masih ada ibubapa yang menghantar anak-anak mereka mengaji di pondok ular dalam semak sebegini? Jika ada, bersedialah untuk menjadikan anak-anak mereka golongan yang busuk hati, rosak akhlak dan penyubur fitnah nanti.

Selain itu pendedahkan RCI membuktikan bahawa sejak zaman Mahathir, negara kita diperintah oleh kerajaan haram iaitu menang dengan cara menipu. Menggunakan pengundi asing untuk memenangkan BN. Apakah ini kerajaan halal wahai ular dalam semak? Pendedahan itu membuka mata rakyat Malaysia bahawa selama ini mereka sebenarnya duduk dibawa sebuah kerajaan haram. Menyokong kerajaan haram dan mempertahankan kerajaan haram juga adalah haram hukumnya!

Walaubagaimana pun, Pakatan Rakyat harus meneliti kenyataan bekas Pengurus Bank Pertanian Kota Kinabalu , Mat Swadi akan kenyataan ini “Dakwanya, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengesan orang Indonesia yang diberikan kewarganegaraan tetapi tidak mengundi Umno-BN dan menarik balik kewarganegaraan mereka”. Beliau juga mendakwa hanya Mahathir terlibat dalam isu IC ini, bukanya DSAI dan Pak Lah. Oleh itu, eloklah Mahathir diistihar sebagai “Bapa Pengkhianat dan Petualang Negara”. Beliau dan keluarganya mesti dibatalkan taraf kewarnegaraanya dan diusir keluar dari negara ini.

Malang sungguh Malaysia dan rakyatnya. Dulu dapat Perdana Menteri seorang petualang dan pengkhianat, tetapi tetap disanjung dan dihormati oleh rakyat yang buta hati dan tidak bermaruah. Kini ber Perdana Menteri kan pula seorang yang dikaitkan dengan kes jenayah iaitu pembunuhan warga Monggolia dan terlibat dengan rasuah kapal selam. Isteri pula dikatakan terlibat dengan kerja syirik, yakni menggunakan bomoh untuk menundukan suami dan menteri-menteri. Patutlah Mahathir pun takut dengan Rosmah, mungkin juga kena penunduk seperti yang didedahkan oleh Deepak agaknya. Bertuahnya UMNO dan ahlinya kerana dapat ketua seperti Mahathir dan Najib ye! Inilah sebenarnya maruah Melayu UMNO yang setaraf dengan ular dalam semak. Wallahualam

Tiada ulasan: