Rabu, 13 Februari 2013

Umno Juara Fitnah; Hishamuddin Ulangi Cabaran

http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita14/Ust%20HAK1.jpg
Wartawan Buletin 

KUALA TERENGGANU - Umno dan Barisan Nasional (BN) sedang menjadikan 'fitnah' sebagai kempen politik untuk menimbulkan prejudis dan hasad dengki serta memecahbelahkan rakyat, dalam keadaan part itu kini sedang 'panik', umpama orang sedang lemas.

Ketua Dewan Pemuda PAS Kemaman, Ustaz Hishamuddin Abdul Karim berkata, rakyat negeri Terengganu khususnya perlu mengetahui Umno adalah 'juara fitnah' sedang menimbulkan suasana tidak selesa dengan mengadakan siri demonstrasi jahat dan mengedarkan video lucah.

"pada 5 Februari lalu, dia gunakan lambang PAS dalam demonstrasi isu kalimah ALLAH yang diadakan di perkarangan Masjid Sultan Ahmad, Chukai, sebelum itu di masjid terapung Kuala Ibai, demonstrasi yang sama.......selepas tu bergerak ke Pahang,

"hujung bulan lepas (Januari) dia sebar CD fitnah 'Tanah Melayu DiLanggar Todak' pada Majlis agihan bantuan awal sekolah RM100 di dewan MPK Chukai, kemudia edar dalam ramah mesra MB bersama Pekida di Kuala Terengganu,

"semalam kita dapat maklumat dia edar CD fitnah itu di seluruh Kemaman,"ujarnya ketika ditemui selepas menyampaikan tazkirah di Kampung Gong Datuk dekat sini, hari ini, Selasa 12 Februari.

Menurutnya, keadaan 'panik' Umno Terengganu terserlah apabila Timbalan Exco Agama Terengganu, YB Ramli Nuh, sering menjadikan 'maki hamun' dan 'fitnah' sebagai modal pada setiap kali beliau berucap kepada rakyat.

"kita dapat maklumat, Timbalan Exco Agama Terengganu pun dah 'panik'.........sampai 'meracau' tak tentu hala, maki sana maki sini, fitnah sana fitnah sini,  banyak putar belit,

"dia kata DAP nak ganti PAS, munasabahlah sikit YB........mana ada kerusi dun terengganu yang DAP bertanding!,"tegas Hishamuddin.

Katanya, YB Ramli Nuh pun sering cabar orang untuk berdebat, sedangkan dulu saya dah buat satu cabaran tetapi tidak ada apa-apa respon daripada beliau.

Justeru, kali ini, kata Ustaz Hishamuddin yang juga Exco Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu (DPPNT), beliau akan meminta pihak DPPNT menghantar surat rasmi bagi menyahut cabatran Timbalan Exco Agama negeri itu.

Sebelum itu, dalam tazkirahnya, beliau berkata, perjuangan dakwah nabi Muhammad SAW bukan hanya berbentuk ritual ibadat semata-mata, tetapi RasuluLlah menjadikan politik sebahagian daripada agama dengan menunjukkan kepintaran politik yang dapat menundukkan kaum Yahudi dan Nasrani serta menghantar surat kepada pemerintah di Timur dan Barat ketika itu.

Katanya, berpilihanraya adalah kaedah moden yang dibenarkan menjadi wasilah oleh para ulamak, menjadi sebahagian daripada proses tanggungjawab berpolitik dalam Islam untuk memartabatkan pemerintahan Islam.

Tiada ulasan: