Sabtu, 23 Februari 2013

Treler PAS sudah bergerak lebih 500 kilometer

Muhammad Faizal,



PENDANG: Sejak memulakan perjalanan dari Pejabat Agung PAS di ibu negara pada Khamis lalu, treler jelajah Negara Berkebajikan PAS kini sudah bergerak melebihi jarak 500 kilometer.

Semalam, treler ini ini singgah di Kampung Kubur Panjang, di sini untuk program hi-tea bersama Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu.

Seperti biasa, kehadiran treler ini menjadi tumpuan masyarakat di sini yang teruja dengan keunikannya.

Masing-masing mereka tidak mahu melepaskan peluang melihat treler ini dengan lebih dekat dan mengambil gambar untuk kenang-kenangan mereka.

Sebelum ini, treler ini telah singgah di beberapa tempat termasuk Manjoi, Perak dan Bandar Perda, Pulau Pinang sebelum tiba di Kedah.

Timbalan Presiden PAS, sewaktu berucap menjelaskan traler jelajah ini merupakan satu usaha PAS dalam mendekati rakyat terutamanya untuk penyampai maklumat bagi persediaan menghadapi pilihanraya nanti.

Kata beliau lagi, dengan adanya traler jelajah ini PAS akan dapat mengempur setiap kubu kuat Umno di semua negeri dalam menyampaikan maklumat yang tepat serta mendekati pengundi dengan lebih rapat.

"Traler ini menunjukkan bukti kita (PAS) telah bersedia sepenuhnya untuk masuk ke kubu kuat Umno di setiap peringkat negeri.

"Saya yakin dan pasti, usaha ini akan menghasilkan satu yang bermakna dan kejayaan kita di Putrajaya," ucap beliau.

Mohamad juga memberitahu traler jelajah ini akan berhenti di Putrajaya jika Pakatan Rakyat diumumkan sebagai kerajaan yang baru selepas pilihanraya nanti.

Tiada ulasan: