Sabtu, 23 Februari 2013

Siapa Ku Li untuk jadi calon PM Pakatan Rakyat?



Dari FB SAIFUDIN IBRAHIM

Apabila menyebut sistem 2 parti, maka difikiran terbayang 1 parti lawan 1 parti. Melalui sistem demokrasi di Malaysia, nampaknya sistem ini menuju kepada sistem 2 pakatan. Semangatnya sama...

Ringkasnya, apabila menyebut pertembungan 2 parti, dimana2 yang mengamalkan sistem 2 parti (atau pakatan) ia akan menamakan calon Presiden atau PM mereka.

Di Malaysia, umum mengetahui, BN akan terus menamakan Najib selaku bakal PM. Hiraukan mereka...
Yang penting sekali siapa calon PM dari PR untuk diper'laga'kan dalam PRU nanti.

Hari ini desas desus semakin kuat ada beberapa kelompok dalam PAS yang mahu mencalonkan Ku Li sebagai PM. Mungkin mereka ini ada pandangan tersendiri... Tetapi bagi ambo (sebelum parti membuat keputusan, rasanya x salah untuk ambo menempelak cadangan ini).

Siapa Ku Li? seorang telah lama bercita2 menjadi PM. Beliau beberapa kali hampir menjadi PM:

1. 1987: Tewas tipis ketika melawan Mahathir dalam pemilihan Presiden UMNO, walaupun ada dakwaan disabotaj

2. 1990: Ada kajian dibuat, jika isu tengkolok yang dikatakan ada lambang salib dipakai oleh Ku Li x dimain atau dimanipulasikan oleh media, kerajaan pusat pasti bertukar pada tahun tersebut.

Selepas 2 era tersebut, impian Ku Li seperti x kesampaian. Teringat kuliah Dato Mohd Amar hujung 90an, dia cakap Ku Li ni telah kena 'tulah' oleh 'Tok Wali Hase'... takkan 'naik' bila2.

Secara 'sinis'nya, eloknya calonkannya sebagai PM jika PAS juga ingin terpalit tulah (gagal dalam PRU 13 ni) tu..

Point kedua, generasi ketiga (G3) yang menjadi penentu dalam PRU nanti, tak kenal Ku Li. apa jasa beliau, apa kebolehan beliau... Tidak 'bersusah payah' bersama rakyat menentang kezaliman BN, hanya bersenang lenang dengan menggoyang kaki di halamannya (pandangan umum).

Secara sinisnya, elok juga PAS calonkan Ku Li utk terus mencatatkan kekakahan ekoran penolakan dari G3 ini.

Kami orang bawahan dan golongan atas pagar pasti terusik dengan desas desus (mencalonkan Ku Li sebagai PM).

Malah yang paling teruk dengan ura2 Ku Li akan masuk PAS. Akan masuk PAS, dicalon sebagai PM, terus terang seperti menghina/menjatuhkan Tuan Guru Presiden...

Meminjam (edit sikit) tulisan seorang sahabat 'mengapa PAKU dilempar dijalan rakyat yang nak lawan umno'?

Akhir kalam, Konvensyen PR pada 25 Februari WAJIB, WAJIB, WAJIB menamakan siapa calon PM bagi memastikan fokus untuk melawan umno tidak terjejas!

Tiada ulasan: