Khamis, 7 Februari 2013

Senarai Daftar Pengundi SPR Adalah Bersih? Benarkah Malaysia Ada “Kilang Pengundi Hantu”?

Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof SPR Senarai Daftar Pengundi SPR Adalah Bersih? Benarkah Malaysia Ada Kilang Pengundi Hantu?

Berita Semasa

 Senarai daftar pengundi SPR : Terbaru, pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof ada mengatakan senarai daftar pengundi adalah bersih dan beliau memberikan jaminan proses Pilihanraya Umum ke 13 (PRU ke 13) akan jadi yang terbaik. Nah…..di manakah kebenarannya?

Senarai Daftar Pengundi : Antara Langkah & Usaha Yang Dilakukan SPR?

  1. Senarai daftar pengundi SPR sehingga Disember 2012 adalah sekitar sekitar 13.3 juta pengundi (termasuk di Sabah)
  2. SPR membersihkan senarai daftar pengundi dengan bantuan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) kerana JPN mempunyai bidang kuasa untuk menentukan sama ada seseorang itu adalah warganegara atau bukan warganegara
  3. RM400 juta diperuntukkan bagi mengurus pilihan raya umum di seluruh Malaysia, di mana RM52 juta diperuntukkan bagi mengurus pilihan raya umum di Sabah yang mempunyai daftar pengundi seramai 969,497
  4. undi awal
  5. wujudnya akses media bagi parti-parti politik
  6. pemerhati antarabangsa dan pemerhati tempatan
  7. penggunaan dakwat kekal
  8. kemudahan undi pos untuk semua rakyat Malaysia di luar negara
Kami lebih berminat untuk menyentuh di Sabah terlebih dahulu disebabkan pelbagai isu yang timbul berkaitan senarai daftar pengundi di Sabah apatah lagi dengan meletusnya konspirasi & sindiket peringkat tertinggi negara melibatkan “projek IC Sabah“.

Di Sabah ceritanya cukup menarik untuk diketahui rakyat Sabah amnya dan rakyat Malaysia umumnya. Kerajaan Malaysia telah meminda satu Akta Kesalahan Pilihan Raya  terhadap seksyen 9A Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 (Pindaan 2002). Apa kesannya?
Senarai daftar pengundi yang digazetkan tidak boleh dibawa ke mahkamah oleh mana-mana pihak.
Kenapa mahu dipinda? Itu semua berbalik kepada sejarah. Pada 2002 dalam kes Likas di Sabah, di mana hakim membatalkan keputusan Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Likas dengan alasan daftar pengundi SPR didapati penuh dengan penipuan. Siapa kata? Mahkamah kata? Sebab apa? SPR gagal menyelesaikan isu daftar pemilih dan menganggap SPR cuai dalam menjalankan perkerjaan mereka.

Jadi, perlukah kami mempercayai bulat-bulat (100%) apa yang dikatakan oleh SPR Malaysia bahawa daftar pengundi SPR adalah bersih? Tidak sama sekali…..
Akhirnya semakan daftar pengundi yang telah dibuat menunjukkan beberapa kemusykilan disebalik senarai daftar pengundi yang ada ketika ini. Hasilnya adalah seperti berikut :

Senarai Daftar Pengundi Masalah Ada Lagi Pengundi Hantu? 

Sila klik kanan pada setiap gambar untuk lihat paparan yang lebih jelas
Kami ingin bertanya di sini, wujudkan kilang pengundi di Malaysia?
  1. tarikh lahir yang sama
  2. nama bapa yang sama
  3. sama-sama tinggal di alamat yang sama iaitu di Batu 25, Kampung Garinoto, Jalan Labuk
  4. parlimen yang sama (parlimen Libaran)
  5. walaubagaimanapun nombor kad pengenalan bagi 4 digit yang terakhir adalah berbeza
Adakah secara kebetulan atau disengajakan?
Kemudiannya kami dapati, alamat untuk 90%  daripada para pemilih tersebut tidak lengkap. Sekiranya alamat rumah anda adalah “\N”, kerja-kerja biasa seperti menghantar surat, mengutip cukai pintu dan cukai tanah akan menjadi mustahil. Bahkan, kewujudan pemilih ini boleh dipersoalkan lagi kerana butir alamat mereka tidak boleh didapati daripada KP mereka.

Dan sekali lagi kami ingin bertanya, Adakah ini kebarangkalian yang keterlaluan kerana terdapat ramai orang yang memiliki nama yang sama, nama bapa yang sama serta tarikh lahir yang sama dan mendaftarkan diri sebagai pengundi di tempat-tempat yang berhampiran?
Untuk kes yang melibatkan Arlan bin Ahirin agak unik sedikit :
  1. Nama Sama
  2. Nama bapa sama
  3. Alamat yang sama
  4. Tetapi tempat mengundi adalah berbeza di dua parlimen yang berlainan
Adakah secara kebetulan atau disengajakan?
Persoalannya sekarang ini, adakah JPN telah mengeluarkan 2 Kad Pengenalan dan juga adakah penipuan telah berlaku dalam pendaftaran 2 orang pemilih tersebut?

Tiada ulasan: