Oleh Aisha Geoffrey
KUALA LUMPUR: Skandal Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC), isu
kontrak RM30 juta yang dianugerah kepada anak Datuk Seri Raja Nong Chik
Zainal Abidin dan banyak lagi penyelewengan Umno simbol ketamakan dan
kebobrokan pemimpin parti itu, kata Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul
Izzah Anwar.
Beliau mengulas keyakinan Nong Chik, Ketua Umno Bahagian Lembah
Pantai bahawa skandal NFC yang dikaitkan dengan keluarga Datuk Seri
Shahrizat Jalil tidak akan menjejaskan peluangnya untuk merampas semula
kerusi Parlimen Lembah Pantai dari KEADILAN.
"Semua
pendedahan tentang penyelewengan adalah refleksi kepada BN, dan Nong
Chik adalah simbol kepada BN. Dari situ rakyat boleh nilai kewibawaan
dan integriti beliau,” kata Naib Presiden KEADILAN itu.
17 Mei lalu, Keadilan Daily melaporkan, Kementerian Belia
dan Sukan menganugerahkan kontrak bernilai RM30 juta kepada Istijuara
Sdn Bhd bagi projek memasang dan menyelenggara kelengkapan latihan di
Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Bandar Penawar, Johor.
Turut dilampir salinan surat tawaran rasmi daripada Kementerian Belia
dan Sukan kepada Istijuara bertarikh 24 Ogos 2010 yang menunjukkan anak
Nong Chik – Raja Farhana salah seorang daripada dua pengarah syarikat
itu.
Nong Chik yang juga Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan
Bandar, dalam kenyataannya pagi tadi turut menuduh Nurul Izzah kononnya
lebih suka mengkritik berbanding berkhidmat untuk rakyat.
“Macam biasalah, ia hanya serangan negatif Umno yang menafikan hak
saya untuk berkhidmat kepada rakyat. Mereka nafikan hak saya mendapat
peruntukan RM2 juta setahun, penggunaan dewan, dan kerjasama dari DBKL
(Dewan Bandaraya Kuala Lumpur), juga akses kepada media,” tempelak Nurul
Izzah.
“Pembuli seperti Nong Chik guna taktik kotor untuk serang saya. Dia
juga menyalahgunakan kuasa sebagai menteri memacakkan bendera BN di
Lembah Pantai secara haram,” tegasnya.
“Apa yang saya pegang ialah integriti dan amanah, itu paling penting.
Walaupun dinafi hak, saya masih boleh menjalankan tugas dengan
menggunakan elaun yang saya terima untuk berkhidmat kepada rakyat,”
katanya.
Pada pilihan raya umum lalu, Nurul Izzah membuat kejutan apabila
menewaskan Shahrizat dan menawan kerusi Parlimen Lembah Pantai dengan
kelebihan majoriti sebanyak 2,895 undi.
Kini, kerusi itu bakal ditandingi Nong Chik sekalipun terpalit dengan
skandal anaknya yang mendapat tender kontrak berbilion ringgit, selain
isu rampasan tanah Kampung Baru.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan