SINAR HARIAN
BUKIT MERTAJAM - Seorang lelaki, dipercayai warga asing, ditemui mati
dilanggar kereta api barang di atas landasan berkembar yang sedang
dibina berhampiran Sekolah Menengah Kebangsaan Convent Bukit Mertajam
malam tadi.
Jurucakap polis berkata, mangsa yang tidak mempunyai pengenalan diri
itu ditemui pekerja pembinaan landasan berkenaan ketika lalu di kawasan
tersebut pada 8.30 malam.
"Mayat mangsa yang hanya memakai seluar pendek ditemui dalam keadaan
tertiarap dengan kepala telah putus dipercayai dilanggar kereta api yang
melalui landasan berkenaan," katanya kepada pemberita di sini.
Beliau berkata, siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti kejadian sebenar.
Katanya, mayat mangsa yang bertatu di betis kanan dihantar ke Hospital Bukit Mertajam untuk bedah siasat.
Jurucakap polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung
kejadian itu, atau kehilangan anggota keluarga, agar menghubungi
mana-mana balai polis berdekatan bagi membantu siasatan. - Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan