Khamis, 14 Februari 2013

Laporan Polis; Khianat 'Billboard', Kain Rentang Untuk Jatuhkan Imej PAS

Skuad BO

http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita14/wahab%20report%20khianat.jpgMARANG - Satu laporan polis telah dibuat ekoran tindakan pihak yang tidak bertanggungjawab melakukan 'vandalisme' serta merosakkan 'billboard' dan kain rentang PAS di massjid Kampung Rhu Muda dekat sini.

Pegawai Pejabat Khidmat Masyarakat Dewan Undangan Negeri (DUN) Rhu Rendang Wahab Osman menyifatkan perbuatan 'jahat' itu adalah cubaab pihak tertentu menjatuhkan imej PAS.

Beliau berkata, perbuatan khianat tersebut disedari apabila beliau pergi ke masjid Rhu Muda pada jam 9.00 pagi setelah medapat laporan dari para petugas PAS.

"pada jam 9.00 pagi saya telah pergi ke masjid Kampung Rhu Muda, aya dapati kain rentang yang dipasang di hadapan majid tersebut telah disimbah cat warna merah dengan cara membaling dengan telur,

"saya mengesyakki perkaa ini dilakukan oleh orang yang tidak bertanggungjawab bagi menjatuhkan imen Parti islam SeMalaysia (PAS),"ujarnya ketika ditemui selepas membuat laporan di Balai Polis Darah Marang dekat sini, semalam Rabu 13 Februari.

Beliau berkata, laporan polis tersebut dibuat sipaya polis menjalankan siasatan terhadap perbuatan itu dan mengambil tindakan sewajarnya.

Tiada ulasan: