Deepak sekali lagi membawa orang ramai menatapi isu pembunuhan Altantuya dengan membuat
kenyataan yang memanaskan semasa perjumpaan Mahfudz Omar, Naib Presiden
PAS semalam. Dalam kenyataannya beliau meminta perlindungan dari pihak
berkuasa jika beliau memberikan segala bukti pembabitan Najib dan
isteriya dalam kes pembunuhan itu.
Isu pembunuhan itu sudah menjadi buah mulut orang ramai sejak
bertahun-tahun yang lalu dan dua orang pegawai keselamatan yang
berkhidmat dengan Najib dan isterinya telah pun di jatuhkan hukuman mati
kerana di sabitkan dengan kesalahan membunuh itu. Kedua-dua pegawai
keselamatan yang bertugas dengan keluarga Najib ini telah membunuh
seorang wanita Monggolia tanpa sebab kerana tidak dipersoalkan kenapa
mereka membunuh wanita yang mengenali Najib dan rakan-rakan beliau itu.
Mahkamah Tinggi negara, mendapati mereka berdua bersalah kerana
membunuh keatas dua pegawai Polis itu, tetapi yang amat anih dalam kes
ini pihak peguam cara tidak pernah bertanyakan motif pembunuhan oleh
kedua-dua pesalah itu. Ini merupakan satu-satunya kes pembunuhan yang
sangat anih kerana tidak di sentuh sedikit pun tentang motif pembunuhan
terhadap Altantuya itu dan ini lah yang menjadi tandatanya semua pihak.
Bagaimana dua orang pegawai keselamatan kepada Perdana Menteri dan
isterinya melakukan pembunuhan tanpa sebab.
Semalam Deepak, ‘adik angkat’ Rosmah Mansor sendiri telah meminta
Mahfudz Omar untuk melakukan sesuatu bagi melindungi beliau kerana
beliau sudah bersedia untuk membongkar segala-galanya tentang apa yang
beliau tahu berhubung dengan pembunuhan itu. Di negara ini, kita
mempunyai ‘Protection Act 2009’ dan ‘Whistleblower Act 2010’ dan Mahfudz
Omar percaya itu mencukupi untuk Deepak berlindung dalam menghadapi
pembongkarannya terhadap isu pembunuhan Altantuya beberapa tahun dahulu.
Deepak percaya adalah mustahil bagi Peguam Negara hendak menafikan apa
yang ada dengan saya, iaitu bukti-bukti kukuh tentang penglibatan
pemimpin utama negara dan isterinya dalam isu pembunuhan ini. “Saya akan
membongkar semuanya dan saya mempunyai segala bukti penglibatan semua
pihak dalam pembunuhan Altantuya ini” kata Deepak.
Berbagai-bagai usaha dilakukan oleh pihak Najib termasuk isu-isu yang
di sebut oleh Deepak ini untuk membenamkan kes ini dari perbincangan
rakyat negara. Tetapi ia tetap menjadi isu yang memanaskan. Saya percaya
cadangan setengah pihak untuk membuat penyiasatan dan perbicaraan
semula kes ini wajar dilakukan bagi mengelakkan dari rakyat masih
tertanya-tanya tentang isu yang melibatkan pemimpin utama negara ini.
Oleh kerana isu ini melibatkan kewibawaan kerajaan dan rakyat negara
maka semua pihak mesti berusaha untuk melakukan sesuatu yang benar-benar
berkesan untuk menangani isu yang membosankan dan memalukan ini. Ini
bukan isu untuk menjatuhkan atau membela mana-mana pihak tetapi ini isu
negara dan kedaulatan yang bersama negara itu. Sebuah negara yang
berdaulat tidak boleh ambil isu ini secara enteng dan ia perlu dilakukan
dengan teliti dan terbuka dan di ketahui oleh rakyat jelata.
Pihak yang bersalah wajib menerima padahnya dan pihak yang berfikir ini
adalah isu yang wujud mereka sepatutnya memperbetulkan keadaan samada
melalui proses perundangan atau pun melalui politik. Tetapi jika di
sandarkan kepada proses undang-undang kita mempunyai Peguam Negara yang
menghadapi kredibilitinya. Terlalu banyak isu yang menjengkiti batang
tubuh Peguam Negara itu sendiri. Walaupun kita mempunyai ‘Protection Act
2009’ serta ‘Whistleblower Act 2010’, jika Peguam Negara tidak
bekerjasama isu ini tidak mungkin mampu di bawa ke tengah.
Masalahnya negara kita telah terlalu rendah kredibiliti institusi
demokrasi dan penguatkuasaan undang-undangnya sejak pencabulan Badan
Kehakiman dan Perundangan dari zaman Dr Mahathir sehingga sekarang.
Banyak kesalahan yang dihadapi oleh pimpinan kita terlalu nyata tetapi
tidak mampu diketengahkan kerana kekuasaan politik yang begitu
mencengkam.
Selama ini rakyat hanya memerhatikannya sahaja. Segala bukti-bukti di
sorokkan oleh pengamal undang-undang di Jabatan kehakiman dan Jabatan
Perundangan itu sendiri. Immuniti yang ada kepada pemimpin politik
terlalu besar, malahan lebih besar dari immuniti yang ada kepada
Raja-Raja Melayu kita.
Kita tidak seperti negara-negara lain. Filipina contohnya telah
mengambil segala tindakan undang-undang terhadap Presidennya Arroyo dan
sekarang semua orang tahu apa yang sedang dihadapi oleh bekas Presiden
itu kerana isu penyalahgunaan kuasa dan rasuah semasa bekuasa. Banyak
ketua-ketua kerajaan dalam dunia ini terpaksa menghadapi undang-undang
kerana kesalahan mereka semasa mentadbir negara. Ini masalah negara,
bukannya masalah mempertahankan atau tindakan mendedami sesiapa.
Kita masih lagi ketinggalan zaman dan tidak salah jika kita menganggap
negara kita ini terlalu mudah melupakan semua jenayah yang dilakukan
oleh kepimpinan kita. Kita masih lagi membiarkan isu pengambilan wang
rakyat yang berbillion oleh pemimpn negara untuk menyelamatkan
perniagaan anaknya yang terbankrap dalam perniagaannya. Bagaimana
perkara ini masih berlaku dalam sebuah negara yang dikatakan sedang
menuju kepada negara maju jika perkara seperti jenayah yang diperlakukan
oleh pemimpin kita masih tidak dapat di berhentikan.
Dalam kes Altantuya ini saya masih merasakan ia terpaksa diselesaikan
melalui proses politik dahulu kerana ia memerlukan ‘political will’
untuk memulakan penyelesaian terhadap isu yang terlalu buruk ini.
Pemimpin-pemimpin kita yang berada diatas tidak mungkin mempunyai kudrat
untuk memastikan proses perundangan berjalan dengan betul kerana kuasa
Perdana Menteri serta pengaruhnya terhadap Badan-Badan dan institusi
demokrasi itu amat kuat.
Penggubal undang-undang dengan perlaksana undang-undang itu sama-sama
melakukan perkara yang buruk, maka mereka bekerjasama melindungi
kesalahan masing-masing. Pengasingan kuasa yang jelas patut dikembalikan
kepada negara seperti sebelum pentadbiran Dr Mahathir dahulu. Jika
pimpinan kerajaan hari ini tidak berkemampuan untuk membuang
perkara-perkara yang dilakukan oleh Mahathir dahulu, kita rakyat yang
ramai inilah yang bertanggungjawab memperbetulkannya. Rakyat perlu
menyayangi negara kita. Kita tidak boleh mengharapkan pimpinan hari ini
untuk mensabitkan kesalahan yang mereka lakukan sendiri.
Rakyat sahajalah yang selayaknya melakukan penghakimannya melalui
proses politik dan ‘decisive’ dan ini sudah menjadi kewajipan kita
semua. Jika mereka yang menjenayahi kita ini masih berada di tampuk
kuasa itu bukan kesalahan sesiapa lagi.
Itu sudah menjadi kesalahan rakyat sendiri.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan