Isnin, 25 Februari 2013

Harga Hartanah Rumah Johor Naik 40% (Purata) Sejak 2006. 80% Aset di Iskandar Malaysia Milik Orang Asing!

Staff Berita Semasa
 
Pelaburan Hartanah Johor 2013 Harga Hartanah Rumah Johor Naik 40% (Purata) Sejak 2006. 80% Aset di Iskandar Malaysia Milik Orang Asing!

Sebelum ini, Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DYMM) pernah mencetus kontroversi yang apabila mengatakan rakyat Johor lebih miskin daripada rakyat Kelantan (DI SINI).

Semuanya disebabkan masalah pemilikan hartanah dikalangan rakyat di Johor terutamanya membabitkan kawasan di sekitar Wilayah Pembangunan Iskandar dan Wilayah Ekonomi Johor Selatan. Itu dahulu…..
Sekarang ia telah dikenali dengan Iskandar Malaysia :
  1. meliputi 2217 km persegi
  2. tiga kali lebih besar daripada Singapura dan dua kali saiz Hong Kong.

Hartanah Iskandar Malaysia Johor : Pemaju, Pemain Hartanah VS Rakyat Johor!

Dan yang menarik perhatian kami apabila melihatkan kenyataan terbaru daripada KGV International Property Consultant mengenai perkembangan terbaru hartanah di Iskandar Malaysia.
  • Harga hartanah rumah di Iskandar Malaysia Johor telah meningkat sebanyak 40 peratus setiap tahun (secara purata) sejak tahun 2006.
  • Trend kenaikan hartanah (harga rumah) bermula pada tahun 2009 lagi
  • Lonjakan mendadak pula ibarat “pelancaran roket Soyuz ke angkasa” melibatkan nilai hartanah di Iskandar Malaysia Johor telah berlaku sejak tahun 2011
  • Harga pangsapuri mewah telah mula berjaya memecahkan harga siling pada RM500 sekaki persegi dan naik ke RM700 setiap kaki persegi
  • Hakikatnya, setakat ini 80% aset di Iskandar Malaysia adalah kepunyaan orang Asing
Nilai Hartanah Johor 2013 Harga Hartanah Rumah Johor Naik 40% (Purata) Sejak 2006. 80% Aset di Iskandar Malaysia Milik Orang Asing! 

Pastinya berita kenaikan harga hartanah kediaman di Johor menjadi satu kemanisan di halwa telinga kalangan pemaju & pemain hartanah. Tetapi tidak kepada rakyat Johor yang masih tercari-cari kediaman & memiliki hartanah sendiri di sekitar Iskandar Malaysia, Johor.

Walaubagaimanapun, “tahniah” kami ucapkan kepada rakyat Singapura kerana berjaya memiliki hartanah di negeri Johor. Jikalau di Singapura ada masalah kekurangan tanah sehingga menyebabkan kerajaan Singapura bertegas sehingga menyebabkan pemilikan hartanah di sana diperketatkan. Tetapi itu bukan masalah besar kepada rakyat Singapura dek kerana ada alternatif selain daripada itu.

Terima kasih kepada kerajaan Malaysia & Johor yang berbesar hati membuka ruang dan peluang utnuk mereka beli rumah dan melabur pasaran hartanah di Johor. Dengan kelebihan….
  1. Gaji 4 dan 5 kali lebih tinggi daripada pendapatan rakyat Malaysia
  2. Ditambah dengan bantuan pertukaran mata wang asing yang dua kali ganda setengah lebih daripada matawang Malaysia

Pelaburan Hartanah di Iskandar Malaysia Johor VS Thailand?

Bukanlah satu masalah besar untuk rakyat Singapore melabur di Iskandar Malaysia, Johor. Kalau di Malaysia expatariat dilihat mudah untuk memiliki hartanah di Malaysia termasuklah di Iskandar malaysia Johor tetapi tidak di Thailand walaupun expatariat juga agak ramai diThailand. Tetapi bezanya di sini, kerajaan Thailand :
  1. cuma benarkan expatariat sewa atau beli kondominimum sahaja.
  2. Jikalau rumah, memang expatariat tidak dibenarkan beli.
  3. kecuali expatariat itu kahwin dengan orang Thailand
  4. Tetapi nama rumah / tanah mesti atas nama orang Thailand sahaja yang dibenarkan
Kenaikan Harga Rumah Nusajaya 2013 Harga Hartanah Rumah Johor Naik 40% (Purata) Sejak 2006. 80% Aset di Iskandar Malaysia Milik Orang Asing! 

 Malaysia? Kerajaan berbesar hati utnuk tawarkan MM2H (Malaysia My Second Home) (KLIK SINI BUTIRANNYA) kepada orang asing. Itu sebablah ramai berebut untuk mengambil kemudahan pakej MM2H ini, walaupun hakikatnya ia gunakan rumah tersebut sebagai kediaman hujung minggu sahaja.

Lokasi rumah di Horizon Hills, East Ledang, Leisure Farm Resort, Medini menjadi “lokasi permainan” orang Singapore melabur di Iskandar Malaysia. Pembelian 3, 4 biji rumah sekaligus perkara biasa. Realitinya projek-projek di Nusajaya sasaran pasarannya adalah melibatkan rakyat Singapore.

Walaubagaimanapun, kepada rakyat Johor Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DYMM) ada inisiatif tersendiri untuk membantu anda memiliki rumah di sekitar Iskandar Malaysia :
Harga Rumah di Johor 2013 Harga Hartanah Rumah Johor Naik 40% (Purata) Sejak 2006. 80% Aset di Iskandar Malaysia Milik Orang Asing!

KUALA LUMPUR – Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) bakal membina 1,000 unit kondominium mewah di pesisir Pantai Lido, Johor Bahru, yang akan dijual pada harga sederhana bagi membantu orang Melayu memiliki kediaman sendiri.
Presidennya, Datuk Syed Ali Mohamed Alattas berkata, kondominium mewah tersebut yang dibina menghadap Singapura itu dijual pada harga antara RM350,000 dan RM400,000 walaupun harga pasaran semasa di kawasan itu mencecah RM1 juta seunit.
Menurutnya, projek pembangunan tersebut bakal diberi nama ‘New Johore City’ dengan 1,000 unit berkenaan merupakan fasa pertama, kerana DPMM merancang untuk membina keseluruhan 4,000 unit kondominium di atas tanah seluas 16 hektar di kawasan itu.
P/S : Bagaimana berminat? Apa kata rakyat Johor atau yang tinggal di tinggal bekerja di Johor ketika ini mengenai situasi harga rumah di Iskandar Malaysia, Johor? Berjaya memilikinya? Berapa harganya?

Tiada ulasan: