Sabtu, 23 Februari 2013

Haram Undi PAS; MTD Manir Cabar Yusof Awang Hitam Berdebat

Skuad BO

http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita15/haram%20undi%20pas.jpgHULU TERENGGANU - Ekoran kebanjiran papan tanda besar (billboard) yang dinaikkan di merata tempat dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Manir oleh jentera Umno dan Brisan Nasional (BN), PAS Majlis Tindakan DUN Manir mencabar Naib Ketua Bahagian Umno Hulu Terengganu Yusof Awang Hitam untuk berdebat.

Papan-papan tanda besar yang menukilkan kata-kata kononnya seorang 'ulamak' dari negeri Kelantan yang mengeluarkan kenyataan 'Haram Undi PAS'.

Yusof Awang hitam yang juga Penyelaras Umno DUN Manir dan Pegawai Pembangunan DUN Manir yang dilantik oleh kerajaan Umno-BN Terengganu disebut-sebut akan mewakili BN sebagai calon pada pilihanraya umum akan datang.

Menurut Ketua Penerangan Hulu Terengganu Hamazah Abdul Latif, surat cabaran debat telah dihantar dn diserahkan sendiri oleh Setiausaha MTD Manir Zulkifli Abdullah pada Khamis  21 Februai ke Pejabat Umno DUN Manir.

http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita15/srat%20debat%20manir.jpgDalam surat yang ditandatangani oleh Zulkifli Abdullah menyatakan PAS akan diwakili oleh Ustaz Muhammad Hamdi Harun bagi berdebat mencari kebenaran kenyataan 'Haram Undi PAS'.

Menurut surat tersebut, PAS memerikan tempoh kepada pihak Yusof Awang Hitam sehingga jam 5 petang, 3 Mac 2013, untuk menjawab cabaran debat tersebut.

Sehingga kini, termasuk cabaran debat yang dikemukakan oleh PAS MTD Manir, sudah empat kali cabaran debat kepada pemimpin Umno Terengganu dibuat, namun belum satunya berjaya dibuat.

Pesuruhjaya PAS Terengganu, YB Haji Mohd Abdul Wahid Endut pernah mencabar Pengerusi Perhubungan Umno Terengganu yang juga Menteri Besar Terengganu, Dato' Seri Ahmad Said untuk berdebat berhubung soal pembangunan negeri.

Namun ia ditolak oleh Ahmad Said, yang memberikan alasan remeh, debat tidak akan membawa apa-apa hasil.

Pada 2 Februari lalu,  Pegawai Pembangunan DUN Ladang Dato' Wan Hisham Wan Salleh yang juga Ahli Jawatankuasa Umno Bahagian Kuala Terengganu telah mencabar 'pengkritik' Pangsapuri Ladang Gemilang untuk berdebat.

Namun apabila cabaran disambut oleh Raja Dato' Kamarulbahrin Shah, Wan Hisham tidak menjawab.

Pada 21 Februari lalu, Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu (PPNT) secara rasminya telah menghantar surat cabaran debat kepada ADUN Tepoh YB Mohd Ramli Nuh yang juga Timbalan Exco Agama dan Penerangan negeri Terengganu.

DPPNT meletakkan Exconya, Ustaz Hishamuddin Abdul Karim bagi berhadapan dengan Ramli Nuh pada tarikh debat yang dicadangkan adalah 7 Mac, 2013.

Tiada ulasan: