Jumaat, 1 Februari 2013

Hadi: Pas, Umno tidak boleh bekerjasama

Wartawan Sinar Harian

Mohd Azwan Shuip - Mahfuz Omar
Mohd Azwan Shuip serah borang keahlian Pas penduduk Hutan Kampung kepada Abdul Hadi, disaksikan Naib Presiden Datuk Mahfuz Omar (tengah).
 
ALOR SETAR - Pas tidak boleh bekerjasama dengan Umno dan Barisan Nasional (BN) dalam perkongsian kuasa di negara ini kerana ia tidak tahu memerintah.

Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, Umno tidak tahu membina sebuah negara yang berteraskan kepada agama Islam.

“Bukan kita tidak boleh bekerjasama dengan Umno, boleh bekerjasama. Tapi baik perintah negeri, Umno tidak tahu memerintah negeri. Tidak boleh kerjasama sebab mereka tidak tahu memerintah.

“Contoh di Kedah, Pakatan Rakyat (PR) di bawah Pas baru empat tahun perintah. Masalah air dan jalan atau masalah 50 tahun dulu sebelum kita perintah, dia (Umno) kata kita la punya kerja,” katanya di sini, kelmarin.

Beliau berkata, begitulah keadaan Melayu yang mudah lupa kerana menyalahkan PR menjadi punca masalah air walaupun ia baru memerintah empat tahun di Kedah, Pulau Pinang dan Selangor.

Tiada ulasan: