Oleh Arif Juhani
KUALA LUMPUR: Pengerusi BN Selangor, Datuk Seri Najib Razak
didesak menjawab pendedahan skandal pemberian tanah di USJ 3B dan USJ3D
kepada pimpinan Umno Kelana Jaya pada harga RM2 sekaki.
Dedah
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad,
antara pemimpin Umno yang menerima tanah tersebut adalah bekas Ketua
Wanita Umno Kelana Jaya yang juga bekas Adun Seri Setia pada 2004, Datin
Paduka Seripah Noli Syed Hussin.
“Seorang lagi, Datuk Seri Megat Najmuddin Megat Khas iaitu bekas Adun
Kelana Jaya yang pernah dilantik sebagai Anggota Lembaga Disiplin
Umno,” kata Nik Nazmi kepada Keadilan Daily.
“Hairan bagaimana orang yang terlibat dengan bahagian disiplin
terbabit dengan skandal ini tatkala rakyat susah untuk mendapat sekeping
tanah dan untuk membeli rumah di sekitar Petaling Jaya dan Subang Jaya.
“Tetapi mereka mendapat tanah dengan mudah dan menjadi ‘jutawan segera’,” katanya.
Skandal ini lanjutan pendedahanan Adun Sekinchan, Ng Sue Lim dalam
sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor beberapa bulan lalu.
Nik Nazmi mempersoal bagaimana kadar bayaran premium tanah seluas
5,000 kaki persegi itu rendah sedangkan menurut kajian, harga pasaran
semasa tanah itu RM175 sekaki.
“Saya dapati ada tanah yang dijual dan dipindah milik. Saya syak
tujuan mereka memiliki tanah berkenaan hanya untuk mengutip ‘untung atas
angin’,” ujarnya.
Beliau turut membidas dakwaan kononnya mereka menerima tanah itu hasil memperjuangkan kemerdekaan.
“Saya kesal kerana dua kawasan USJ itu tidak digunakan untuk
kemudahan awam dan komuniti tetapi lebih bermotif peribadi,” kata Nik
Nazmi.
Sementara itu, Adun Subang Jaya, Hannah Yeoh dipetik berkata,
tanah-tanah tersebut mempunyai 99 lot banglo dengan tempoh pajakan 99
tahun, diluluskan oleh mesyuarat Exco ketika itu pada 20 Februari 2001,
era pemerintahan BN.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan