Sabtu, 23 Februari 2013

BN Kedah diasak sampai ke hutan Pedu!


Oleh ZULKIFLI YAHAYA

Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR) diadakan secara bersiri di seluruh negara, hampir semuanya diadakan di bandar-bandar utama negeri masing-masing. Pada 12 Januari 2013, HKR terbesar diadakan di Stadium Merdeka juga ibukota utama.

Peliknya PAS Kedah mengadakan Himpunan Kebangkitan Rakyat pasca #KL112 di kawasan hutan yang tiada penempatan manusia sekitar Tasik Pedu namun mendapat sambutan yang sungguh luar biasa. Lebih 15,000 hadir di tapak perladangan yang disensasikan BN kononnya telah musnah angkara kerakusan pembalakan.

Kenderaan Menteri Besar, Dato' Seri Ustaz Azizan Razak tidak dapat masuk ke tapak himpunan lantaran kenderaan yang bersesak menutup setiap ruang jalan. Beliau terpaksamembonceng motorsikal lebih tiga kilometer.

Sebelum ini Perkasa dan Umno turut mengadakan perhimpunan di situ, namun sambutan rakyattidaklah sehebat itu walaupun mereka dikerah dan diupah. Himpunan anjuran PAS hanya untukmenyatakan sokongan padu rakyat terhadap projek kerajaan negeri serta menyanggahputarbelit pembangkang berhubung isu balak.

Mulanya nampak BN mengasak Pakatan tetapi akhirnya PAS pulak yang mengasak BN hingga ke hutan Pedu.

Rali panjang menuju PRU13 semakin menuju garisan penamat tetapi BN Kedah nampaknya masihterkial-kial mencuba pelbagai isu, tiada satu pun yang benar-benar utuh untuk membolospertahanan kerajaan Pakatan Rakyat Kedah.

Minggu lalu, Ketua Pemuda Gerakan Tan Keng Liang menyerang lagi kerajaan negeri kononnyamembuat hutang hampir RM1 billion sepanjang tempoh satu penggal pentadbiran, lalumempersoalkan kemampuan kerajaan negeri untuk membayar balik.

Beliau sejak dahulu memang terkenal dengan pengumuman angka-angka bombastik yang tidak masuk akal. Cara kerjanya mudah saja, mengutip semua angka yang dijumpai di mana-mana bagi menampakkan kegawatan kerajaan negeri walhal sebahagian angka yang disebut tiada relevan dengan isu.

Misalnya, Keng Liang pernah mendedahkan angka-angka projek berkaitan negeri yang tidakdibuat melalui tender terbuka. Nampaknya berbilon-bilon, walhal projek yang disenaraikannya itu ialah projek pelaburan masuk, misalnya Sungai Limau Hidro Carbon Hub (SULIHH) bernilai RM83 billion dan Aman Central RM500 juta.

Mereka adalah syarikat korporat bukan GLC. Tender terbuka dibuat untuk mendapatkan nilai kos optimum terhadap projek yang membelanjakan wang negeri. Bagi pelaburan masuk, maka pelaburlah yang  merancang kos yang paling optimum bukan pihak negeri yang membiayai kos! Ketua Pemuda Gerakan itu 'terpening' barangkali akibat ghairah bermain angka.

Begitulah persoalan hutang yang kononnya dibuat semasa pentadbiran Pakatan. Hutang yangditinggalkan BN pada Mac 2008 sudah mencecah RM2.2 billion. Hutang negeri biasanyadirujuk kepada hutang berkaitan pengurusan air, perumahan, logistik serta lain-lain yangberkaitan dengan pentadbiran negeri.

'Bijaknya' Ketua Pemuda Gerakan mencampuradukkan hutang GLC ke dalam senarai hutang negeri bagi menjadikan hutangnya mencecah hampir RM3 bilion. Tak pernah dibuat orang.

Sebahagian besar hutang yang ditinggalkan kepada Pakatan ialah hutan berkaitan air iaitusebanyak RM1.83 billion. Ia menimbulkan persoalan dan pertikaian mengapa projek berkaitanperkhidmatan air yang diberikan pusat dikira hutang bukannya geran.

Projek Bekalan Air Luar Bandar (BALB) telah dimulakan pada 1974 dan diperluaskan dibawah skim Accelerated Rural Water Supply di dalam RMK-2 (1971-1975) dan masih berterusan sehingga kini dan akan diteruskan dalam RMK-10.

Pada awalnya, dasar pembiayaan program BALB ialah 80 peratus pinjaman dan 20 peratusgeran kerajaan Persekutuan. Jemaah Menteri pada 31 Mei 2000 telah bersetuju pertukarandasar pembiayaan program kepada 100 peratus geran Kerajaan Persekutuan.

Sewajarnya bantuan kewangan ini diberi dalam bentuk geran kerana ia adalah tanggung jawab kerajaan kepada rakyat, tambahan pula sumber duit kerajaan juga dari rakyat.

Kerajaan Negeri Kedah di zaman BN menolak status geran untuk membina Loji Pembersihan air di Lubuk Buntar dan Padang Sanai oleh kerajaan Pusat, sebaliknya mahu status pinjaman. Inilah ketidakcerdikan kerajaan lalu yang menyebabkan kerajaan negeri menanggung hutang sebanyak RM220 juta.

Antara projek besar lagi ialah saluran paip dasar laut dari tanah besar ke Langkawi sejauh 46.4 km berserta sebuah logi dan dua buah kolam bekalan air. Semuanya berjumlah RM150 juta dan dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan Persekutuan.

RM150 juta itu 'dianggap' tanggungan oleh Syarikat Taliworks yang menguruskan air di Langkawi hingga menyebabkan jumlah caj pengurusan air terhadap kerajaan negeri lebih tinggi dari caj air terhadap pengguna.

Pihak yang tanggung beban ialah kerajaan negeri tetapi pihak yang kenyang besar ialah syarikat kroni yang diberi hak mengurus air.Sebahagian besar bebanan hutang adalah tinggalan BN. Penyelewengan dan rugi besar besar RM403 juta juga adalah tinggalan BN. Padanlah BN diasak hingga ke hutan Pedu.

Tiada ulasan: