Selasa, 19 Februari 2013

BN hilang kelebihan untuk menang PRU 13 – Umcedel

KEADILAN DAILY

KUALA LUMPUR : Barisan Nasional (BN) tidak lagi mempunyai kelebihan yang menyumbang besar kepada kemenangannya dalam pilihan raya sebelum ini, kata Pengarah Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti (Umcedel), Prof Datuk Dr Mohammad Redzuan Othman.

Menurutnya, ini kerana BN kini tidak lagi mampu melakukan persempadanan semula pilihan raya selepas hilang majoriti dua pertiga di Parlimen selepas pilihan raya umum (PRU) 2008.

pilihan raya

Satu lagi kelebihan lain iaitu keupayaan untuk mengadakan pilihan raya secara mengejut juga lenyap kerana Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menangguhkan PRU 13 terlalu lama.

“Contohnya pembangkang tidak bersedia sewaktu PRU diadakan pada 29 November 2009. PKR (KEADILAN) hanya berusia enam bulan (ketika itu),” katanya dipetik Malaysiakini pada Seminar Politik dan Pilihan Raya Menjelang PRU 13 di Universiti Malaya, Kuala Lumpur, hari ini.

“Ia juga merupakan musim tengkujuh pada masa itu, dan Suruhanjaya Pilihan Raya tidak berjaya mewartakan banyak nama pemilih baru (kerana pilihan raya mengejut).

“Namun kali ini, ia bukan lagi isu kerana pembangkang sudah bersedia,” katanya.

Tiada ulasan: