ASPAN ALIAS
Sekarang tektik UMNO untuk mendapatkan ‘mileage’ politik sangat rendah tarafnya dan memalukan. Akhir-akhir ini satu ‘trend’ lama yang diperbaharui sedang berlaku, iaitu menunjukkan dalam berita dan buletin utama TV3 tentang pengisytiharan ahli-ahli PAS menyertai UMNO. Hampir setiap malam ia dilakukan oleh media perdana negara. Apabila saya melihat isu ini dilakonkan melalui TV3 dan saluran TV media perdana yang lain saya teringat semasa UMNO melakukan perang psikologi terhadap Parti Melayu Semangat 46 dahulu.
Semasa itu setiap malam kita
menyaksikan kemasukkan ahli-ahli Semangat 46 dalam UMNO. Parti S46 hanya
mempunyai 350,000 ahli tetapi kalau dikira jumlah ahli S46 keluar parti yang
disiarkan oleh TV3 itu melebihi 1 juta orang. Tektik ini tektik lama tetapi
masih digunapakai oleh UMNO yang begitu terdesak dengan gerakan rakyat seluruh
negara untuk menyaksikan perubahan dalam kepimpinan negara.
Saya masih teringat cerita
penyampai berita TV yang saya kenali semasa itu. Pada zaman itu pembaca berita
selalunya merupakan seorang wartawan berita dalam masa yang sama. Oleh itu
mereka tahu hal keadaan sebenarnya. Pembaca berita ini telah
menelefon memberi tahu saya yang beliau akan membaca berita mengenai
kemasukan 150 orang ahli Parti S46 ke dalam UMNO sedangkan sebenarnya hanya 10
orang sahaja yang berbuat demikian. “Semuanya bohong bro!” katanya.
Saya pun menjawab sambil
berseloroh, “Tak apalah. Tapi kalau boleh semasa kau baca berita bohong itu,
kau kenyit-kenyitlah mata kau tu. Orang yang menontonnya akan fahamlah yang
kau baca itu berita bohong." Dia tidak menjawab hanya ketawa berdekah-dekah
sahaja.
Sesungguhnya inilah cara ‘desperado’
UMNO selama ini. Tetapi mereka tidak menyedari satu perkara yang saya selalu
menulis tentangnya. Dalam pilihanraya kali ini berjuta ahli-ahli UMNO akan
keluar parti semasa berada di dalam peti undi nanti. Ia telah berlaku dalam
pilihanraya yang lalu dalam mana lebih dari sejuta ahli-ahli UMNO telah
memangkah simbol Pakatan Rakyat, dan ia akan berlaku dengan lebih hebat sekali.
UMNO tahu ini akan berlaku lagi kali ini.
Itulah sebabnya Dr Mahathir
meminta setiap pemimpin-pemimpin bahagian seluruh negara berikrar di hadapan
beliau yang mereka tidak akan melakukan sabotaj terhadap UMNO itu. Dr Mahathir tahu perkara ini akan berlaku dan
beliau faham dengan sedalam-dalamnya isu ini kerana beliau merupakan pensabotaj
UMNO yang paling terkenal. Mahathir merupakan pensabotaj UMNO yang paling hebat
kerana perkara itu dilakukannya dalam pilihanraya yang lalu.
Kalau Mahathir, seorang yang
telah diangkat begitu tinggi oleh partinya sanggup mensabotaj UMNO itu, apa
yang boleh menahan ahli-ahli biasa yang tidak mendapat apa-apa kepentingan
untuk melakukan sabotaj terhadap UMNO itu? Kalau bapa sudah kencing berdiri,
apa yang boleh menahan anak-anak tidak kencing dan berak sambil berlari?
Isu ini sebenarnya isu besar.
Contohnya di Negri Sembilan sahajalah. Pengerusi Perhubungannya tidak mendapat
sokongan dari kebanyakan atau hampir keseluruhan Ketua-Ketua Bahagian dalam
Negeri itu. Mohammad Hasan sememangnya tidak boleh menjaga UMNO
NS itu, tetapi entah kenapa beliau masih
berada di sana.
Saya tidak tahu apakah jampi serapah yang beliau lakukan kerana beliau masih
mengetuai UMNO di negeri adat itu.
Tetapi jika diketepikan Mohammad
Hasan siapa pula yang hendak mengambil alih tempat beliau? Itu pun merupakan
satu persoalan besar juga. Di NS semua pemimpin yang berkebolehan tidak
mendapat tempat kerana permainan Ketua Perhubungan yang takut pada
bayang-bayang. Isa Samad, semasa menjadi Menteri Besar, hanya mengumpulkan
rakan-rakan guru sekolah beliau sahaja untuk menjadi EXCO kerana mereka pandai menggeli pundi-pundi beliau (Isa).
Puluhan orang yang berkebolehan
diketepikannya kerana takut kepada bayang-bayang. Semua yang berkebolehan mati
begitu sahaja. Isa pun seperti Dr Mahathir juga, takut kepada orang yang beliau
anggap akan menjatuhkan beliau. Itu sebab di semua peringkat dalam UMNO itu
tidak ada lagi kepimpinan.
Akhirnya Dr Mahathir sendiri
mengakui yang UMNO sudah busuk sampai ke ususnya, tetapi sejak kebelakangan ini
beliau masih menyokong parti yang beliau anggap sudah busuk sampai ke
situ. Itu sebabnya Dr Mahathir tidak boleh dijadikan ikutan kerana beliau
seperti Ibrahim Ali, akan menyelekoh dengan tiba-tiba dalam hal politik ini.
Mungkin itulah sebabnya Dr Mahathir dengan Ibrahim Ali, itu mempunyai
‘chemistry’ yang baik dan secocok serta saling menyandar di antara satu dengan
yang lain.
Setelah Isa digantikan oleh
Mohammad Hasan, orang ramai ingat akan berlaku peningkatan mentaliti dalam UMNO
itu kerana semasa Mohammad mula-mula menjadi MB ramai orang Negeri Sembilan
beranggapan yang beliau itu adalah pemimpin yang turun dari langit ketujuh.
Tetapi akhirnya keadaan di negeri itu lebih teruk dari apa yang UMNO alami
semasa Isa menjadi Menteri Besar dahulu. Lagi rendah kredibiliti wakil rakyat
di negeri itu, mereka itu jugalah yang sedang dipertahankan oleh Mohammad.
Kerana apa? Kerana rasa rendah diri
beliau dan takut kepada bayang-bayang sendiri.
Sekarang ini tinggallah
pemimpin-peimpin yang pucat-pucat, seperti orang yang bercacing ‘kerawit’, untuk
memimpin negeri itu. Itu sebabnya orang Melayu di Negeri Sembilan lebih
mengenali Taufek, ADUN tunggal PAS, di sana
dan ramai orang-orang Melayu UMNO akan berpindah randah di dalam peti undi
nanti.
Lama juga saya berada dalam parti
itu dahulu dan saya tahu apa yang sedang berlaku. Mungkin saya tidak tahu apa
yang berlaku di kalangan pemimpin-pemimpinnya tetapi saya dapat merasakan yang
ahli-ahli biasa dalam UMNO itu sudah lumpuh semangat nya dan tidak berdaya
untuk mempertahankan arus perubahan di kalangan rakyat yang ramai. Siapa yang
hendak menidakkan pandangan saya ini, mereka boleh berbuat sekendak hati mereka.
Tetapi hakikatnya UMNO sudah lumpuh kerana pimpinan UMNO telah membunuh
benih-benih kepimpinan sebegitu lama bukan sahaja di NS tetapi di seluruh
negara.
Sekarang UMNO hanya tinggal dari
kalangan yang ‘buta mata hati’ tentang politik dan siasah. Tetapi oleh kerana
semuanya dalam kategori yang sama mereka menganggap mereka yang menentang
seperti saya ini sebagai pengkhianat kepada negara.
Sesungguhnya pengkhianat itu akan
menganggap semua yang lain itu pengkhianat seperti mereka juga. Apakan daya
nasi sudah menjadi bubur. Sampailah masanya UMNO itu duduk di petak pembangkang
untuk mendapatkan masa bagi melakukan perubahan dalamannya.
Kalau orang besar-besar macam Dr
Mahathir boleh beralih-alih perjuangannya kenapa pula orang biasa seperti kita
ini takut untuk melakukan seperti apa yang beliau telah lakukan itu?
Dalam pilihanraya dulu beliau minta
rakyat memilih calon, tetapi sekarang beliau meminta orang memilih parti pula.
Dia ingat orang ramai ini siapa? Beliau mesti ingat pengundi-pengundi sekarang
terdiri dari manusia yang berfikir, bukannnya haiwan belaan yang boleh dicucuk
hidungnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan