Isnin, 18 Februari 2013

'Bau Busuk' Bertiup Dari Projek Padang Sintetik Tok Jiring

Wartawan Buletin

http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita15/projek%20padang%20tiruan1.jpgKUALA TERENGGANU - Belum sampai dua tahun, ratusan ribu ringgit wang rakyat dibelanjakan bagi membaik pulih padang bola Kampung Tok Jiring dibazirkan begitu sahaja apabila tiba-tiba, projek padang rumput sintetik 'melanggar' dan memusnahkan padang bola 'rumput asli' tersebut.

Menurut Ketua Dewan Pemuda PAS Kemaman Ustaz Hishamuddin Abdul Karim, alasannya yang diberikan Ahli Parlimen Kemaman, Dato' Sri Ahmad Shabery Cheek, pembinaan padang sintetik itu adalah bagi menggalakkan lagi pembangunan sukan bola sepak dari peringkat  akar umbi.

Hishamuddin mempersoalkan dakwaan Shaberry yang juga Menteri Belia dan Sukan, kerana kata beliau, adakah selama ini tidak ada anak-anak muda yang bermain bola sepak di padang biasa sehingga kementerian membelanjakan jutaan ringgit membina padang tiruan itu.

Beliau juga mempertikaikan, jikalau benar dakwaan Shaberry, mengapa hanya satu padang sahaja dibina dalam kawasan parlimen Kuala Terengganu, sedang tidak ada padang sintetik yang dibina di tujuh kawasan palimen lain di seluruh negeri Terengganu?

"Adakah anak-anak muda di Kampung Tok Jiring sahaja, semuanya bermain bola sepak tetapi anak-anak muda dari tujuh kawasan parlimen lain tidak pandai menendang bola?

"ratusan ribu ringgit wang rakyat dihabiskan sebelum ini buat baik pulih padang bola rumput Tok Jiring, tiba-tiba tak sampai dua tahun, mari pula projek padang tiruan 'kambus' padang asal,

http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita15/projek%20padang%20tiruan.jpg"ini semata-mata kerana projek, bukan untuk kepentingan rakyat, bukan untuk kepentingan anak-anak muda,"ujarnya selepas mengadakan pertemuan dan perbincangan dengan kumpulan kontraktor kecil Melayu di sini baru-baru ini.

[Gambar ; masih dalam pembinaan......... tarikh siap yang dipaparkan ata papan tanda (kiri) ia sepatutnya siap pada 2 Dismber 2012]

Beliau berkata, banyak maklumat dan fakta yang diutarakan oleh kumpulan kontraktor tersebut, mepertikaikan ketelusan projek-projek oleh kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN).

Antaranya, kata beliau, selain kontrak pembinaan padang rumput sintetik Tok Jiring itu dianugerahkan kepada kontraktor luar bukan anak Terengganu, mereka memberitahu, ada 'bau busuk' yang membabitkan pembinaan padang itu.

"saya dimaklumkan, YB ADUN Tepoh dalam pertemuan dan lawatan Shaberry melihat kemajuan projek padang sintetik itu telah dimarahi oleh Shaberry di hadapan orang ramai yang hadir,

"antara yang disebut adalah, saiz padang rumput sintetik itu dibina tidak mengikut spesifikasi dengan makna lain, dibina lebih kecil dari saiz yang ditetapkan,"jelasnya.

Oleh itu, beliau akan mengadakan kunjungan ke tapak pembinaan tersebut bagi mendapatkan gambaran sebenar dan mengukur saiz padang terbabit sebelum mengambil tindakan lanjut, mengadu tentang 'bau busuk' projek itu kepada pihak berkuasa yang bertanggungjawab.

Tiada ulasan: