Pengagihan BR1M 2.0 telah pun dirasmikan
dan pengagihan telah pun dimulakan. Yang kami perasan, Di Sarawak
sekitar Saratok sudah pun bermula lebih awal. Bermula daripada sekarang
ini akan bermulanya musim mengagihkan wang BR1M 2.0 bernilai RM500 &
RM250 kepada 7 juta penerima yang “bertuah” itu sehingga berakhirnya
bulan Februari 2013.
Dan kepada penerima BR1M 2.0, anda akan menerima surat-surat jemputan seperti DI SINI untuk anda hadir ke majlis penyerahan yang dah ditetapkan di kawasan anda….
KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) merupakan bukti kerajaan Barisan Nasional (BN) adalah juara dalam mentabir negara dan mengurus ekonomi.Perdana menteri berkata, kelangsungan pemberian BR1M yang kini memasuki pusingan kedua diteruskan kerajaan selepas Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) merekod kutipan cukai yang tinggi mencecah RM125 bilion tahun lepas.“BR1M merupakan satu janji kerajaan BN kepada rakyat, ia boleh ditunaikan kerana pentadbiran dan pengurusan ekonomi dilakukan dengan baik. Kita boleh beri BR1M kerana berjaya memastikan ekonomi terus berkembang, peniaga sama ada kecil dan besar berjaya menambah keuntungan.“Bila ini berlaku, maka cukai untuk kerajaan juga bertambah, dan ini adalah sebenarnya asas mengapa BR1M boleh dilaksanakan,” katanya“Ada dakwaan bahawa dengan menguatkuasakan AES kita boleh buat BR1M. Ini tuduhan palsu yang dibuat pembangkang. AES bukan cukai pada rakyat, ia hanya denda bagi mereka yang memandu laju, itupun masih di peringkat kajian,” katanya.
Bagi kami usaha pemberian BR1M 2.0
sangat baik dilakukan dan sepatutnya diteruskan di masa akan datang.
Tetapi dalam pada masa yang sama kerajaan perlu mengambil serius dengan
mencari jalan penyelesaian terbaik bagaimana cara untuk mengekang
lonjakan kos sara hidup yang menghimpit golongan pertengahan, dan
berpendapatan rendah termasuklah isu pemilikan rumah.
Pemberian one off pun ada bagusnya juga
untuk cara pengawalan bagi tempoh jangka masa pendek. Dalam pada masa
yang sama perbelanjaan bulanan rakyat dan disposable income (pendapatan
boleh guna rakyat Malaysia) perlu dipandang dengan serius. Insyaallah….
Video Ucapan Najib Razak Sempena BR1M 2.0
Yang mana ada menghantar permohonan BR1M 2.0 2013 sebelum ini, boleh membuat semakan menerusi link di bawah ini :=> Semakan BR1M 2.0 2013
Mana-mana yang berjaya menerima BR1M
RM250 (bujang) & RM500 (isi keluarga), anda berpeluang untuk
mendapat lebih daripada ini iaitu sekitar RM1000 (SEPERTI DI SINI) untuk BR1M 3.0 dengan syarat, anda mesti menyokong Barisan Nasional dalam Pilihanraya Umum ke 13 kelak. Berminat?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan