Abdul Rahman Hashim
Saya
terpaksa tidak bersetuju jika ada sesiapa yang cuba melabelkan Ibrahim
Ali, Hassan Ali, Ezam Mohd Nor, Zulkifli Nordin, Zahid Md Arip, Ruslan
Kasim, Zaharin Hashim, Nallakarupan, Gobalakrishnan, Wee Chee Keong
sebagai ‘Badut-Badut Politik’ untuk memPERKASAkan UMNO yang dahulunya pernah mereka perkasamkan. Antara PERKASA dan PERKASAM memang ada perbezaannya.
Bukankah
mereka sanggup mengorbankan maruah politik mereka dengan mengkhianati
perjuangan parti yang telah memenangkan sebahagian daripada mereka dalam
pilihan raya umum yang lepas? Ibrahim Ali sanggup menghina dan mencerca
PAS walaupun dia menang di Pasir Mas atas tiket PAS berlawan dengan
UMNO/BN dan kini menjadi orang paling perkasa menyokong UMNO.
Dr Hasan
Ali, ADUN Gombak Setia juga sedemikian, sebelum ini begitu lantang
mengkritik dasar perjuangan UMNO yang dianggap tidak islamik, tetapi
hari ini setelah dipecat darpada PAS beliau beralih arah untuk
bersekongkol dengan UMNO dan melupakan sahaja bahawa parti UMNO bukanlah
serasi dengan perjuangan Islamnya.
Zulkifli
Nordin, Ahli Parlimen Kulim Bandar Baru yang bertanding atas tiket PKR
walaupun kemenangannya dalam PRU12 dahulu penuh dengan kontroversi
akhirnya beliau diiktiraf juga sebagai pemenang menumpaskan calon UMNO.
Hari ini sebagai Ahli Parlimen Bebas beliau dianggap sebagai orang kuat
Najib yang mendapat berbagai layanan istimewa melebihi tokoh-tokoh UMNO
yang lain. Sebelum ini Zul Nordin begitu alergik dengan perjuangan UMNO
yang pernah dianggapnya sebagai tidak Islamik.
Begitu
juga dengan Ezam Mohd Noor yang pernah menjadi tonggak perjuangan
‘Reformasi’ dalam PKR dan pernah menjadi Setiausaha Politik kepada Anwar
pada zaman kegemilangan Anwar di dalam UMNO, kini menjadi kesayangan
UMNO untuk menibai Anwar. Beliau pernah mendakwa memiliki 6 peti tentang
salah laku pemimpin-pemimpin kerajaan BN, namun hari ini beliau mungkin
menyesal membuat dakwaan itu sebaliknya hari ini beliau menyatakan
bahawa pemmpin-pemimpin UMNO hari ini lebih bersih daripada
pemimpin-pemmpin Pakatan Rakyat.
Zahid Md Arip cucu Tun Ghafar Baba pula hari ini dijulang sebagai Mursyidul Am TIBAI yang menyamai Mursyidul Am PAS Tok Guru Nik Aziz Nik Mat. Beliau di antara tokoh pemuda PKR yang jijik melihat perlakuan songsang pemimpin-pemimpin UMNO; namun hari ini beliau bagaikan menarik semula apa yang dilontarkannya itu demi untuk membelai hati Perdana Menteri Datuk Seri Najib. Zahid Md Arip merasakan perjuangan TIBAI yang mendedahkan keaiban Anwar Ibrahim bagaikan dituntut oleh Islam. Sebagai Mursyidul Am TIBAI, perbuatan menibai orang lain mungkin menjadi halal di sisinya.
Zahid Md Arip cucu Tun Ghafar Baba pula hari ini dijulang sebagai Mursyidul Am TIBAI yang menyamai Mursyidul Am PAS Tok Guru Nik Aziz Nik Mat. Beliau di antara tokoh pemuda PKR yang jijik melihat perlakuan songsang pemimpin-pemimpin UMNO; namun hari ini beliau bagaikan menarik semula apa yang dilontarkannya itu demi untuk membelai hati Perdana Menteri Datuk Seri Najib. Zahid Md Arip merasakan perjuangan TIBAI yang mendedahkan keaiban Anwar Ibrahim bagaikan dituntut oleh Islam. Sebagai Mursyidul Am TIBAI, perbuatan menibai orang lain mungkin menjadi halal di sisinya.
Ruslan
Kassim bekas Exco Pemuda UMNO Malaysia yang pernah menjadi Ketua
Penerangan PKR kini terpaksa pasrah bersama UMNO kembali. Beliau sering
menghentam UMNO semasa dalam PKR, namun hari ini demi suvival dirinya
beliau bukan sahaja bersukaria di dalam UMNO malah Ibrahim Ali juga
adalah ikon perjuangan politiknya dengan memberikan tempat kepada Ruslan
Kassim sebagai Ketua Penerangan PERKASA.
M.
Nallakarupan rakan baik Anwar Ibrahim hari ini bukan sahaja bergelar
Datuk tetapi lebih dariipada itu, beliau juga diberi kepercayaan oleh
boss barunya Najib sebagai seorang Ahli Dewan Negara@Senator. Begitu
pantas pendakian politik Nallakarupan sehingga melangkahi tokoh-tokoh
MIC lain yang banyak berjasa kepada BN. Nalla kini mengetuai sebuah
sebuah parti India yang mesra BN dan rasanya beliau akan teus mendapat
layanan istimewa oleh Najib selagi beliau sanggup menjadi pencacai
mendedahkan tembelang Anwar Ibrahim.,
Wee Chee
Keong Ahli Parlimen Wangsa Maju yang menang majoriti 150 undi dalam
PRU12, kini meninggalkan PKR untuk menjadi Ahli Parlimen Bebas. Beliau
tak boleh menyertai UMNO, tetapi beliau juga tidak dikehendaki oleh MCA
dan juga GERAKAN. Wee Chee Keong kini begitu akrab hubungannya dengan
Najib dan beliau sanggup berdansa di pentas aidilfitri bersama-sama
Najib dan Rosmah untuk melorongkan dirinya menjadi calon semula di
Wangsa Maju. Beliau pernah menjadi Ahli Parlimen Bukit Bintang atas
tiket DAP sebelum dsingkirkan oleh parti itu. Dalam PRU12, Wee Chee
Keong bertanding atas tiket PKR menewaskan Yew Teong Look dari MCA di
Wangsa Maju.
Datuk Seri
Zaharin Hashim, Ahli Parlimen Bayan Baru juga sanggup berkorban
meninggalkan PKR untuk menyokong UMNO. Hari ini beliau memperolehi
’specal treatment’ daripada Najib di atas jasa-jasanya memburukkan Anwar
dan PKR. Sebagai Ahli Parlimen Bebas yang mesra BN, rasanya Zaharin
Hashim akan diberikan pertimbangan untuk menjadi calon BN menentang PKR
di Bayan Baru?
Saya
terdorong untuk membuat kupasan atas isu ini, kerana ada rasa
kebimbangan di sudut hati saya bahawa pengorbanan mereka mengkhinati
parti mereka sebelum ini tidak dapat diterima oleh sebahagian pemimpin
UMNO terutama di kawasan parlimen masing-masing. Rasanya tidak adil jika
wujud penolakan terhadap mereka ini, kerana UMNO harus membuat
pengorbanan memberikan laluan kepada mereka yang berjasa ini untuk
bertanding dalam PRU13 nantI. Usaha menampilkan Ummi Hafilda dan Ustadz
Nasharudin Mat Isa sebagai calon mesra BN dalam PRU13 juga adalah yang
terbijak jika ia mampu mencipta kejayaan menawan hati rakyat. Ummi
Hafilda yang sanggup berpatah arang dengan abangnya Azmin Ali wajar
diberikan peluang melawan adik beradik kandungnya sendiri di Parlimen
Gombak.
Jika
kemenangan yang diperlukan, rasanya Ibrahim Ali, Hassan Ali, Ezam Mohd
Noor, Zaharin Hashim, Nallkarupan, Ruslan Kasim, Zahid Md Arip,
Gobalakrishnan termasuk Datuk ‘T’ pengedar video lucah Anwar merupakan
rangkaian badut politik UMNO/BN yang wajar dilonjakkan menjadi rangkaian
calon ‘Kitar Semula’ untuk masa depan UMNO yang lebih cemerlang, gemilang dan terbiilang.
Saya
bimbang jika kesetiaan mereka ini tidak diendahkan oleh pucuk pimpinan
parti, akan wujud pula sindrom TIBAI untuk menibai pemimpin-pemimpin
UMNO selepas ini. Jika mereka boleh tibai Anwar, rasanya mungkin
perbuatan yang sama akan berlaku kepada UMNO selepas ini apabila nama
mereka tidak dihargai menjadi calon winnable UMNO/BN. Sudah tiba masanya
UMNO tidak mensabotaj mereka.
Penulis
adalah Ketua UMNO Cawangan Bukit Wangsa, juga salah seorang AJK
UMNO Bahagian Setiawangsa. Beliau memiliki laman web di
locengwangsa.blogspot.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan