Selasa, 19 Februari 2013

5 tawaran Dokumen Merah AMK untuk anak muda

KEADILAN DAILY

KUALA LUMPUR : Angkatan Muda KEADILAN (AMK) bakal melancarkan Gagasan Anak Muda Malaysia atau ‘Dokumen Merah’ yang mengandungi lima tawaran kepada anak muda sempena PRU 13.

amk

Menurut Timbalan Ketua Penerangan AMK, Rozan Azen Mat Rasip, pelancaran rasmi akan dibuat di Melaka oleh Ketua AMK Pusat, Shamsul Iskandar Mat Akin.

Tarikh pelancaran akan dimaklumkan kemudian.

Senarai lima tawaran tersebut seperti berikut:

1. Pemerdayaan Pendidikan

- Pendidikan percuma ke universiti
- Mansuh hutang PTPTN 500,000 anak muda
- RM500 sebulan pada mahasiswa & keluarga pendapatan bawah RM3,000
- Mansuh Auku & autonomi universiti
- Penubuhan universiti & peluang kerjaya

2. Kualiti Hidup

- Caruman Takaful Anak Muda Malaysia untuk 6.5 juta anak muda
- Tabung Masa Depan Anak Muda
- Elaun RM500 dari Tabung Perberhentian Kerja untuk tempoh tertentu
- Program ‘Teksi Motor Pelancongan’ untuk anak muda menganggur

3. Kesaksamaan Politik & Demokrasi

- Pendaftaran pengundi automatik mereka berumur 18 tahun

4. Perumahan Strategik

- Perumahan Anak Muda Malaysia bagi rakyat berumur 21-35 tahun
- Rumah mampu milik berharga RM200,000 ke bawah
- 3-4 perumahan setiap negeri untuk anak muda pendapatan kurang RM2,000 & RM4,000 (berkeluarga)
- Dasar memiliki rumah sebelum usia 40 tahun

5. Merakyatkan Kebudayaan & Sukan

- Menubuh Yayasan Budaya & Sukan Anak Muda Malaysia

Tiada ulasan: