Isnin, 25 Februari 2013

3 maut, 15 cedera bas ekspres terbabas dekat Bukit Tagar

AMRULLAH ABDUL KARIM

3 maut, 15 cedera bas ekspres terbabas dekat Bukit Tagar
Keadaan bas ekspres yang terlibat dalam kemalangan di Kilometer 420.2 Lebuh Raya Utara Selatan awal pagi tadi. - Foto: Amrullah Abd.Karim
 
[DIKEMAS KINI] HULU SELANGOR - Tiga maut manakala 15 cedera apabila sebuah bas ekspres terbabas dan melanggar pembahagi lebuh raya di Kilometer 420.2 Lebuh Raya Utara Selatan, arah ke utara, dekat Bukit Tagar di sini, jam 3.30 pagi tadi.

Bas yang dalam perjalanan dari Skudai, Johor ke Sungai Nibong dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas.

Mereka yang maut dalam kemalangan pada pukul 3.10 pagi itu ialah Mohd Zamri Rani, 42, berasal dari Kedah, Mohd Ainul Fauzi Mohd Aman, 25, dari Simpang Renggam, Johor Baharu dan seorang penumpang wanita yang belum dikenal pasti.

Ketua Polis Derah Hulu Selangor Supt Norel Azmi dipetik Bernama berkata, kemalangan dipercayai berlaku apabila pemandu bas berkenaan gagal mengawal kenderaan itu sebelum melanggar pembahagi jalan.

"Bas ekspres yang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur menuju utara itu dipercayai dipandu laju sebelum hilang kawalan dan merempuh pembahagi jalan mengakibatkan pembahagi jalan itu tertusuk ke dalam bas," katanya.

Beliau berkata, pemandu bas berkenaan cedera dan dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk rawatan, manakala 13 penumpang lain tidak cedera.

Tiada ulasan: