Isnin, 21 Januari 2013

PR Akan Membawa Pulang Pakar Malaysia Dari Luar Negara


IMG_4504


KAJANG: Pakatan Rakyat (PR) akan lebih berjaya dalam membawa pulang pakar Malaysia yang kini bertugas di luar negara untuk berbakti di Malaysia berbanding Umno-BN.

Menurut Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, PR akan lebih berjaya berbanding dengan usaha Umno-BN yang kurang mendapat sambutan, kerana ia memberikan peluang kepada orang yang berkelayakkan.

Pendekatan ini berbeza dengan Umno-BN kata Anwar, yang mengamalkan sikap mengutamakan kroni dalam pemberian kontrak atau kerja dengan Kerajaan.

IMG_4529

Anwar menjelaskan di dalam program ‘Dialog Bersama Anwar Ibrahim’ di sini, bahawa anak Malaysia perlu diberikan peluang dengan tawaran yang setimpal bagi membuktikan kebolehan mereka memacu perkembangan negara agar lebih kompetitif.

Tindakan ini juga sekaligus dapat meningkatkan pelbagai sektor teknologi tinggi yang kini berdepan persaingan hebat untuk mendapat tempat dalam pasaran.

“Kita dahulunya (zaman Mahathir) terlalu taksub dengan pembangunan (fizikal) bukan dengan pembangunan perisian (software).

IMG_4510

“Kita sepatutnya memberikan latihan daripada pakar-pakar seperti di India.

“Dengan keupayaan yang ada kita akan jemput balik rakyat yang berkhidmat di luar negara misalnya dua tiga individu (rakyat Malaysia) yang kita kenal dan berkhidmat di Carlifornia serta masih berhubung untuk latih rakyat Malaysia.

“Berikan mereka tawaran yang setimpal kita boleh baiki sistem,” katanya.

Anwar menambah, institusi Badan Kehakiman Negara perlu diperbaiki dan dikukuhkan supaya pelabur yakin untuk meletakkan duit mereka di Malaysia.

“Dasar persaingan pelaburan mesti kompetetif. Kerajaan perlu bersih.

“Pemulihan badan kehakiman mempunyai keupayaan dalam membawa pertumbuhan ekonomi,” ujar beliau lagi.

Dialog anjuran Kelab Penyokong Anwar Ibrahim (AIC) dihadiri hampir 300 individu dan bertempat di Hotel Oriental Crystal.

Hadirin diberikan ruang untuk bertanyakan soalan secara terus kepada Anwar mengenai dasar PR dan perkembangan semasa mengenai hala tuju negara.

IMG_4485

Tiada ulasan: