Isnin, 21 Januari 2013

Yakin Dengan Perjuangan Islam; 15 Anak Muda Sertai PAS

Wartawan Buletin

http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita13/Azidi%20menyerahkan%20boranga.jpgMARANG - Yakin dengan perjuangan Islam dan kepimpinan Ulamak yang mampu mentadbir negara, lima belas orang pemuda dari parlimen Marang telah memilih PAS sebagai wadah perjuangan.

Bahkan wakil para pemuda tersebut, Muhammad Azidi Abdullah, 25, berkata, Umno memang patut dijatuhkan pada pilihanraya umum ke-13 akaan datang.

"saya pilih PAS kerana saya rasa (yakin) PAS perjuangkan Islam dan saya rasa memang patut Umno jatuh sekarang,"ujarnya

Beliau ditemui selepas menyerahkan borang keahliannya serta 14 yang lain kepada Timbalan Ketua Penerangan PAS Terengganu Ustaz Azman Shapawi Abdul Rani, dalam majlis penerangan di Kampung Darat PaK Chan, dekat sini pada Sabtu malam 19 Januari

Katanya, Islam menjadi asas kebangkitan rakyat dan mampu memajukan negara ini.

Tiada ulasan: