Khamis, 24 Januari 2013

Najib Main Politik Lawat Gaza, Selepas Tidak Iktiraf Hamas


Gaza Lajim dan Yusmadi 01

SHAH ALAM: Keikhlasan lawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ke Gaza semalam dipersoalkan kerana sebelum ini Kerajaan Malaysia mengambil pendirian tidak mengiktiraf parti Hamas sebagai kerajaan yang dipilih rakyat Gaza.

Ini sekaligus menunjukkan dasar luar kerajaan BN tidak konsisten serta tidak menghormati prinsip hak berdemokratik, kebebasan dan keadilan rakyat negara bergolak itu.

Sebaliknya, menurut Ahli Parlimen Balik Pulau, Yusmadi Yusoff, dasar luar yang ditunjukkan Pakatan Rakyat (PR) lebih konsisten, berteraskan demokratik dan mengangkat agenda penting seperti kebebasan dan hak asasi manusia.

“Kerajaan BN lebih suka tunduk kepada kepentingan negara kuasa besar seperti Amerika Syarikat, tanpa melihat isu sebenar,” kata beliau kepada TV Selangor.

Yusmadi turut menggesa agar kerajaan mencontohi Turki yang lantang bersuara di peringkat antarabangsa.

“Dasar luar negara dalam isu ini tidak membanggakan,” ujar Yusmadi.

Presiden Palestin, Mahmoud Abbas dalam kenyataannya turut mengkritik lawatan Najib ke Gaza yang menurutnya lawatan itu hanya merendahkan pemerintahan Palestin yang sah dan menyebabkan perpecahan serta tidak menguntungkan Palestin.

Tiada ulasan: