Sabtu, 12 Januari 2013

Himpunan Kebangkitan Rakyat: Perkembangan semasa

Wartawan Sinar Harian

Himpunan Kebangkitan Rakyat: Perkembangan semasa
Seorang pemandu teksi merakamkan pergerakan peserta Himpunan Kebangkitan Rakyat di ibu negara pada jam 1.10 tengah hari tadi. - Foto Sinar Harian Online oleh HANUM RAJAK
 
Himpunan Kebangkitan Rakyat: Perkembangan semasa
Sebahagian peserta kelihatan berlegar-legar dan ada yang bergerak perlahan-lahan menuju ke Stadium Merdeka
 
Himpunan Kebangkitan Rakyat: Perkembangan semasa
Peserta Himpunan Kebangkitan Rakyat melalui Jalan Ampang.
 
Himpunan Kebangkitan Rakyat: Perkembangan semasa
Peserta dari kawasan Kelab Sultan Sulaimen, Kuala Lumpur berarak sambil melaungkan slogan tanpa henti. - Foto Sinar Harian Online oleh HANUM RAJAK
 
Himpunan Kebangkitan Rakyat: Perkembangan semasa
Beberapa orang keluar dari tempat kerja untuk melihat pergerakan peserta di Jalan Ampang sekitar jam 12 tengah hari. - Foto Sinar Harian oleh HANUM RAJAK
 
Himpunan Kebangkitan Rakyat
Peserta Himpunan Kebangkitan Rakyat yang tiba di Jalan Pantai-Bangsar menuju ke Stadium Merdeka melalui Brickfields jam 11.40 pagi. - Foto Sinar Harian Online oleh NIZAM ZAIN
 
impunan Kebangkitan Rakyat: Perkembangan semasa
Kelihatan wakil Majlis Peguam yang bertindak sebagai pemerhati berada di kawasan Kelab Sultan Sulaiman sejak jam 10.30 pagi tadi. - Foto Sinar Harian oleh HANUM RAJAK
 
impunan Kebangkitan Rakyat: Perkembangan semasa
Sebahagian daripada peserta di sekitar Kelab Sultan Sulaiman, Kuala Lumpur. - Foto Sinar Harian Online HANUM RAJAK
 
Himpunan Kebangkitan Rakyat: Perkembangan semasa
Suasana di kawasan Amcorp Mall sebentara tadi. sekitar jam 9.30 pagi. - Foto Sinar Harian oleh Jamilah Hamzah
 
Himpunan Kebangkitan Rakyat: Perkembangan semasa
Anggota polis meninjau gerai jualan di kawasan sekitar Kelab Sultan Sulaiman. - Foto Sinar Harian Online oleh Hanum Rajak
 
KL112
Seawal jam 9 pagi, peserta Himpunan Kebangkitan Rakytat berkumpul di kawasan stesen LRT Pasar Seni. - Foto Sinar Harian Online oleh HANUM RAJAK
 
Logo Himpunan Kebangkitan Rakyat

BERIKUT perkembangan menjelang Himpunan Kebangkitan Rakyat yang akan berlangsung petang ini di Stadium Merdeka. Peserta perhimpunan mula membanjiri lapan lokasi di Kuala Lumpur dan Petaling Jaya.

2.25 petang: Naib Presiden Salahuddin Ayub bersama Datuk Chua Jui Meng masuk ke dalam stadium

2.15 petang: Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Setiausaha Agungnya, Datuk Mustafa ALi masuk ke dalam stadium

2.05 petang: Mat Sabu masuk ke stadium, disambut dengan tepukan

1.45 tengah hari: Laluan masuk ke Stadium Merdeka dipenuhi orang ramai, peserta perhimpunan. Anggaran dalam stadium dianggarkan 50,000. Peserta juga berada di luar stadium. Pengurusan Stadium Merdeka hanya membenarkan 30,000 orang

1.26 tengah hari: Peserta kelihatan berlegar-legar dan ada yang bergerak perlahan-lahan menuju ke Stadium Merdeka

12.45 tengah hari: Dianggarkan 6,000 orang sudah berada dalam kawasan Stadium Merdeka ketika ini. Keadaan dalam stadium terkawal dan perserta kelihatan tenang menantikan detik jam 2 petang

12.30 tengah hari: Selepas wanita PR bergerak ke Stadium, persekitaran Pasar Seni mulai lenggang, dengan lelaki turut serta berada di belakang

12.25 tengah hari: Wanita PR mula bergerak dengan Ketua Penerangan Aiman Athirah melaungkan tuntutan-tuntutan wanita. Kira-kira 2,000 wanita PR berbaju ungu berarak dari Pasar Seni menuju ke Stadium Merdeka  dengan membawa sepanduk tuntutan serta bendera parti.

12.45 tengah hari: Sebahagian orang ramai menonton gelagat peserta perarakan di Jalan Ampang

12.40 tengah hari: Kumpulan dari KLCC sudah tiba di Jalan Ampang bagi menyertai kumpulan yang sudah menunggu sejak jam 12.15 tengah hari tadi

12.35 tengah hari: Peserta dari Kampung Baru berhenti dari jam 12.15 tengah hari sehingga sekarang di Jalan Ampang bagi menanti kumpulan dari KLCC. Sementara menanti, mereka menyanyikan lagu Negaraku

12.15 tengah hari: Kelihatan lima pelancong melalui peserta perarakan di Jalan Ampang tanpa mempedulikan keadaan yang bising dengan laungan slogan

12.15 tengah hari: Kelihatan dua pegawai dari Suhakam membuat tinjauan pergerakan peserta himpunan

12.11 tengah hari: Peserta tetap meneruskan perjalanan meskipun cuaca sudah menunjukkan perubahan, hujan rintik-rintik

12.06 tengah hari: Peserta diminta membuka satu lorong bagi memberi laluan kepada kenderaan yang lalu lalang di Jalan Ampang

12.05 tengah hari: Wanita Pakatan Rakyat di hadapan Pasar Seni mula berbaris untuk bergerak ke Stadium Merdeka

12.05 tengah hari: Di Brickfields ada sekitar 500.

12 tengah hari: Peserta dari Masjid UM tiba di kawasan Brickfields

12 tengah hari: Ramai di kalangan pemimpin Pakatan Rakyat telah berada di sekitar Pasar Seni. Antaranya Tony Pua

11.50 pagi: Ramai mula membanjiri pekarangan Stadium Merdeka. Keadaan masih terkawal

11.50 pagi: Di hadapan pintu masuk Pasar Seni, Muslimat Pas berbaju unggu berkumpul dengan memegang kain rentang 'pilihan raya bersih dan adil'

11.45 pagi: Peserta di bawah pimpinan Cikgubad sudah mula bergerak menuju ke Stadium Merdeka

11.45 pagi: Setakat jam ini dianggarkan lebih 500 peserta sudah berada di Jalan Sultan. NGO Bersih 2.0 juga mengambil kesempatan mengutip derma baik antara PDRM dengan rakyat hari ini, menjadi sejarah politik. Mereka bergerak ke 'check point' seterusnya

11.40 pagi: Cikgubad berkata: "Sekumpulan besar yang menggunakan kenderaan polis telah menurunkan anggota di beberapa tempat memakai KL112. Dalam kalangan kita tak perlu bawa senjata. Tolong ikut arahan."

11.49 pagi: Cikgubad juga, "dulu pelajar kita digantung kerana menurunkan gambar Najib. Tetapi kali ini bukan saja gambar kita nak turunkan.kita nak turunkan Najib."

11.35 pagi: Beberapa anggota polis trafik mengawal keadaan lalu lintas di depan Jalan Dewan Sultan Sulaiman

11.35 pagi: Khalid Ismeth: "Ramai orang yang memakai baju sama seperti kita turun daripada kenderaan polis dan bas persiaran. Saya minta peserta melaporkan pada petugas jika berlaku sebarang provokasi."

11.40 pagi: Peserta himpunan tiba di Jalan Pantai-Bangsar menuju ke Stadium Merdeka melalui Brickfields

11.40 pagi: Peserta dari Masjid Negara bergabung dengan peserta dari Jalan Sultan

11.35 pagi: Kira-kira 5,000 peserta dari Masjid Negara tiba di bulatan Jalan Syed Putra. Jumlah meningkat kepada 8,000. Polis memberikan kerjasama baik

11.30 pagi: Dari Masjid Negara, diketuai dr Mujahid Yusuf Rawa

11.25 pagi: Pemimpin PKR dari Rembau, Badrul Hisham Shaharin yang juga Ketua Penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) berucap "ini bukan demonstrasi, bukan perarakan. Kebetulan kita berkumpul di sini dan berjalan berlenggang-lenggang ke Stadium Merdeka" Perjalanan dijangka mengambil masa satu hingga satu setengah jam. Beliau juga menerangkan jalan-jalan yang dilalui. Peserta dari sini diingatkan untuk tidak masuk ke Stadium Merdeka

11.20 pagi: Di kawasan Masjid Negara, kira-kira 5,000 peserta bergerak ke Stadium Merdeka secara rasmi

11.26 pagi: mat Sabu tiba di Brickfields. Mat sabu menyarankan orang KL dan Selangor tidak memasuki Stadium, dan berada di luar bagi memberi peluang peserta luar KL dan Selangor

11.22 pagi: Peserta sudah bersedia untuk bergerak dengan melaungkan slogan "Hidup Hidup Bangkit Rakyat,  Anak Muda Kini Bangkit dan Anak Muda Ayuh Bangkit."

11.20 pagi: Sekitar 400 peserta sudah berkumpul di sekitar Kelab Sultan Sulaiman termasuk di tengah jalan sehingga menyekat laluan kenderaan yang lalu lalang

11.05 pagi: Di kawasan Masjid Negara, Dr Mujahid Yusuf Rawa memberi ucapan, mengingatkan peserta agar tidak menimbulkan kekacauan

11 pagi: Peserta di kawasan Masjid UM mula bergerak ke 'check-point' seterusnya iaitu Brickfields

11 pagi: Peserta #KL112 mula menghampiri kawasan Masjid UM

11 pagi: Kebanyakan peserta sudah mula bergerak ke stadium. Bagaimanapun setelah menyedari yang pintu stadium masih belum dibuka mereka kembali ke lokasi asal seperti Jalan Sultan

10.50 - 11pagi: Pemandu menggunakan Lebuh Raya Persekutuan membunyikan hon dan ada yang melambai tangan ke arah peserta himpunan. Keadaan lalu lintas dari pemantauan Sinar Harian Online masih terkawal. Bersama mereka unit rawatan kecemasan yang ditugaskan khas memberi khidmat kepada mereka

10.54 pagi: Khalid mengumumkan ribuan pihak polis sudah turun dengan memakai pakain serupa dengan para peserta. Oleh itu, Khalid meminta pesertanya agar tidak terlibat dalam sebarang provokasi. Beliau juga mengingatkan agar peserta pulang bersama-sama dalam pasukan.

10.50 pagi: Polis menjaga lalulintas untuk peserta melalui jalan (Lebuh Raya Persekutuan), keadaan terkawal setakat ini, mereka berjalan sambil melaungkan slogan reformasi bersih pilihan raya.

10.48 pagi: - Presiden Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen (Kami), Khalid Ismeth meminta peserta berkumpul untuk bersedia berarak ke Stadium Merdeka sambil menanti pemimpin yang akan mengetuai perarakan

10.45 pagi: Di kawasan Masjid Negara, Mohamad Sabu berkata peserta dari kawasan Masjid Negara akan bergerak jam 11.30 pagi

10.40 pagi: Di Masjid Negara, Pengarah Himpunan Kebangkitan Rakyat, Mohamad Sabu mula berucap dan memberi arahan kepada peserta

10.30 pagi: Ratusan peserta himpunan sudah mula membanjiri Jalan Sultan dan sekitar Jalan Petaling

10.25 pagi:  Kira-kira 200 orang peserta sudah memenuhi sekitar kawasan Kelab Sultan Ismail

10.20 pagi: - Presiden Kami, Khalid Ismeth tiba bersama penyokongnya dengan melaungkan slogan "hidup rakyat" dengan menggunakan haler

10.05 pagi: Peserta mula bergerak dari kawasan Amcorp Mall ke 'check point' seterusnya dengan berjalan kaki melalui Lebuh Raya Persekutuan

10 pagi: Sebuah bas yang dipercayai dinaiki peserta, terdiri daripada Muslimat Pas termasuk warga emas tiba di kawasan KL Sentral

10 pagi: Di kawasan Amcorp Mall, kira-kira 50 orang peserta himpunan memakai pakaian bewarna biru, hijau, dan kuning yang diketuai oleh Timbalan Presiden AMK Pusat, Jamal. Beliau berkata ada kerjasama

10 pagi: Di kawasan Kelab Sultan Sulaiman, polis membuat rondaan udara di sekitar Kampung Baru

10 pagi: Di kawasan Amcorp Mall, kira-kira 50 orang peserta himpunan memakai pakaian bewarna biru, hijau, dan kuning yang diketuai oleh Timbalan Presiden AMK Pusat, Jamal. Beliau berkata ada kerjasama baik antara PDRM dengan rakyat hari ini, menjadi sejarah politik. Mereka bergerak ke 'check point' seterusnya.

9.50 pagi:  Ketua AMK Selangor Azmizam Zaman Huri meminta peserta jangan terlibat dengan provokasi.

9.48 pagi: Pegawai polis yang bertugas meninjau gerai jualan yang dibuka di tepi jalan sekitar Kelab Sultan Sulaiman. Setakat ini tiada ura-ura akan berlaku sebarang pergerakan. Malah kelibat pemimpin yang bakal mengetuai kumpulan ini juga masih belum kelihatan

9.45 pagi: Di Masjid Negara, peserta mula bergerak

9.42 pagi: Hampir 400 peserta termasuk beberapa kumpulan kecil, terdiri daripada lima hingga enam orang berlegar-legar di KL Sentral.

9.40 pagi: Di pekarangan Masjid Negara, kira-kira 5,000 peserta berkumpul

10 pagi:  peserta akan mula bergerak ke check point seterusnya iaitu Universiti Malaysia (UM) dan seterusnya.  Difahamkan kumpulan ini akan akan berjalan kira-kira 9 KM ke check poit seterusnya. Perjalanan ini dikatakan akan diawasi oleh pihak polis.

9.30 pagi: Kawasan tepi jalan Kelab Sultan Sulaiman, sudah ada beberapa gerai yang dibuka menjua kemeja-T dan mafla perhimpunan serta menjual makanan

9.27 pagi: Kawasan Kelab Sultan Sulaiman masih sunyi. Dua anggota polis berseragam kelihatan di pekarangan kelab tersebut

9.15 pagi: Ketua AMK Selangor, Aznizam Zaman Huri, peserta dalam lingkungan 50 orang memakai pakaian biru, kuning, hijau di kawasan berhampiran bangunan Amcorp di Petaling Jaya iaitu tidak jauh dari stesen LRT

9.08 pagi: Hampir 40 anggota Unit Amal tiba di kawasan KL Sentral

9 pagi: Anggaran kira-kira 50 orang perserta sedang menikmati sarapan pagi di medan selera di KL Sentral

Tiada ulasan: