Rabu, 21 September 2011

'Undi untuk kerakyatan': Hisham bidas M'kini

MALAYSIA KINI


Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein membidas Malaysiakini berhubung dua laporan berita mengenai pemberian kewarganegaraan Malaysia.

Di Twitter hari ini, Hishammuddin menuduh portal berita itu tidak menyiarkan kenyataan dari Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan Suruhanjaya Tinggi Bangladesh berhubung nota yang dimuat-naik di laman web agensi Bangladesh.

NONE“Dua hari lepas Malaysiakini lapor 6P beri warganegara kepada Bangladesh - apabila (Ketua Pengarah JPN) Datin Jariah (Mohd Said) jawap dengan fakta dan duta (Bangladesh) nafikan - senyap!” tulisnya di Tweeter.

Bagaiamanapun apa yang berlaku adalah di sebaliknya.

- Malaysiakini telah menghubungi Pesuruhjaya Tinggi Bangladesh AKM Atiqur Rahman pada 19 September dan menyiarkan laporan itu pada hari yang sama.

- Sebelum itu, e-mel juga dihantar kepada agensi di Bangladesh yang menyiarkan dakwaan berkenaan di laman webnya tetapi tidak mendapat jawapan.

- Tidak ada laporan disiarkan sehingga Pejabat Suruhanjaya Tinggi di Kuala Lumpur memberikan jawapannya pada Isnin lalu.

- Pesuruhjaya Tinggi juga mengeluarkan kenyataan media menafikan nota berkenaan yang dihantar ke JPN pada Isnin, jam 6.26 petang.

- Bersama kenyataan Pesuruhjaya Tinggi adalah kenyataan media oleh ketua pengarah JPN, Datin Jariah yang menyatakan 37 rakyat Bangladesh diberikan kewarganegaraan Malaysia sejak 2008. Ini disiarkan Selasa lalu.

Tiada ulasan: