MALAYSIA KINI
Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang menghantar notis tuntutan kepada Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng kerana didakwa membuat tohmahan dan fitnah terhadap Umno bertujuan mencemar nama baik dan kredibiliti Umno sebagai sebuah parti politik orang Melayu.
Pengerusinya Datuk Zainal Abidin Osman berkata, notis tuntutan itu memberi Lim tempoh tujuh hari mulai esok untuk memohon maaf secara terbuka dan memberi jawapan kenapa beliau membuat fitnah kepada Umno.
Katanya, jika Lim gagal berbuat demikian, Umno akan memfailkan saman malu di mahkamah sivil sebagai tindakan susulan.
Beliau memberitahu pemberita di Georgetown hari ini, Umno Pulau Pinang telah melantik Datuk Jahaberdeen Mohamed Yunoos daripada Jahaberdeen & Co sebagai peguam mengendalikan kes saman malu ini dan membuat tuntutan sebanyak RM30 juta.
"Sekiranya menang wang ini kita akan gunakan untuk rakyat negeri ini, bantu orang miskin, anak-anak yatim, ibu tunggal dan mereka yang memerlukan," katanya.
Zainal Abidin berkata saman malu yang difailkan terhadap Lim adalah atas beberapa tuduhan fitnah antaranya ialah dakwaan kononnya Umno terlibat secara langsung dalam demonstrasi aman di hadapan Komtar dan di atas Jambatan Pulau Pinang pada 1 Julai lalu.
Lim juga telah menuduh anggota Umno terlibat dalam kejadian kebakaran di luar pejabat DAP Pulau Pinang di Jalan Talipon pada 17 Ogos lalu, walaupun polis baru sahaja memulakan siasatan terhadap kes itu.
"Umno tidak boleh dipertanggungjawabkan atas setiap perbuatan dan tindakan yang dilakukan oleh setiap anggotanya. Bagi kes demonstrasi ia sebenarnya dianjurkan oleh badan bukan kerajaan (NGO) yang tidak berpuas hati dengan pentadbiran Lim dan kerajaan negeri Pulau Pinang.
"Lim tidak boleh terima penjelasan saya dan menuduh saya menipu atas alasan penglibatan Senator Ezam Mohamad Nor dan beberapa individu lain yang ada kaitan dengan Umno," katanya.
Ditanya mengapa Umno mengambil masa yang terlalu lama untuk mengemukakan saman terhadap Lim, Zainal Abidin berkata: "Sebelum ini segala dakwaan dan tuduhan yang dibuat terhadap Umno (adalah) dianggap ia sebagai asam garam dalam politik.
"Tetapi bermula awal Julai lepas kita dapati Lim telah melampaui batasan dan setelah berbincang dan mengumpulkan semua bukti barulah kita ambil keputusan untuk memfailkan saman malu," katanya.
Beliau berkata Umno tidak tergesa-gesa untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Lim kerana beranggapan bahawa pemimpin itu berada dalam keadaan emosi yang tidak terkawal setiap kali membuat kenyataan.
"Dia (Lim) mungkin tertekan dengan sokongan terhadap DAP yang semakin berkurangan di Pulau Pinang, keadaan emosi yang tidak stabil ini mungkin terbawa-bawa ketika dalam kerja," katanya.- Bernama

Tiada ulasan:
Catat Ulasan