Program yang memberikan wang sebanyak RM100 bagi bayi yang baru dilahirkan itu jelas menunjukkan Guan Eng kini terdesak untuk meraih undi rakyat.
NIBONG TEBAL: Pengerusi Umno Pulau Pinang berkata, program anak emas Pulau Pinang yang diperkenalkan kerajaan negeri sebenarnya adalah mainan dan helah politik pakatan pembangkang untuk memancing undi dengan memberikan wang.
Datuk Zainal Abidin Osman berkata, program yang memberikan wang sebanyak RM100 bagi bayi yang baru dilahirkan itu jelas menunjukkan Ketua Menteri Lim Guan Eng kini terdesak untuk meraih undi rakyat.
“Kalau sumbangan RM100 untuk bayi yang baru dilahirkan adalah ikhlas kenapa ia hanya diberi kepada pengundi yang berdaftar di negeri ini dan ini memperlihatkan bagaimana kerajaan negeri menggunakan wang untuk meraih undi,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan program seminar ancaman keselamatan negara dan global masa kini di sini hari ini.
Zainal mengulas program anak emas Pulau Pinang anjuran kerajaan negeri yang memberikan wang hadiah RM100 bagi bayi yang baru dilahirkan di negeri ini dengan syarat ibu bapa bayi itu berdaftar sebagai pengundi di Pulau Pinang.
Selain itu, pendapatan isi rumah keluarga bayi itu hendaklah tidak melebihi RM4,000 sebulan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan