Jumaat, 9 September 2011

SPR cabar PAS tunjuk pengundi bukan warganegara

MALAYSIA KINI


Sebagai menjawab dakwaan Dewan Pemuda PAS bahawa bukan warganegara diberi hak mengundi, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mencabar dewan itu menunjukkan individu terbabit, sebelum membuat sebarang kenyataan media.

"Tampilkan individu berkenaan kalau PAS mempunyai bukti yang kukuh, selain menghantar senarai nama dan dokumen berkaitan isu yang dibangkitkan," kata Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar (bawah) kepada akhbar Sinar Harian hari ini.

NONEMenurut laporan akhbar tersebut, Wan Ahmad memberi contoh 'kes Mismah' yang membuktikan bahawa dakwaan PAS adalah tidak berasas.

Mismah, seorang pengundi di kawasan Parlimen Kuala Selangor, telah dikesan oleh PAS disenaraikan sebagai seorang penduduk tetap pada laman web Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Beberapa jam selepas laporan mengenai perkara itu diterbitkan, status Mismah bertukar menjadi warganegara Malaysia.

JPN kemudian menjelaskan bahawa Mismah telah diberikan kerakyatan pada bulan Januari tahun ini selepas menjadi penduduk tetap selama 29 tahun, tetapi jabatan itu tidak menjelaskan percanggahan di laman webnya.

Tiada ulasan: