MALAYSIA KINI
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini menetapkan 4 Oktober untuk sebutan kes saman Naib Presiden Pas Datuk Mahfuz Omar terhadap polis dan kerajaan Malaysia atas dakwaan menangkap dan menahannya secara salah ketika perhimpunan BERSIH 9 Julai lalu.Mahfuz yang merupakan ahli parlimen Pokok Sena, Kedah, memfailkan saman itu pada 8 Ogos lalu dengan menamakan pegawai tangkapan Insp Mohd Zaid Madzizat dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields, Ketua Polis Brickfields, Ketua Polis Negara dan kerajaan Malaysia sebagai defendan pertama hingga keempat.
Beliau mendakwa lokasi kejadian (KL Sentral) bukan kawasan larangan yang dinyatakan dalam perintah Mahkamah Majistret Kuala Lumpur yang dikeluarkan 6 Julai lalu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan