Ahad, 4 September 2011

Pilihan raya: Wakil rakyat BN dapat dana awal

FREE MALAYSIA TODAY

Bagaimanapun, bergantung pada jumlah pemilih dan sama ada kerusi itu milik BN ataupun sebaliknya.



KUALA LUMPUR: Akhbar Sin Chew Daily melaporkan wakil rakyat BN mendapat dana sehingga RM2.5 juta bagi setiap kawasan parlimen.

Spekulasi mengenai pilihan raya umum ke 13 semakin kencang kedengaran. Dalam pilihan raya 2008, BN menang 140 daripada 222 kerusi Parlimen pada pilihan raya umum 2008.

Bagaimanapun tiada dana bagi kawasan yang dikategorikan sebagai “hitam”, di mana BN hilang kedua-dua kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri pada pilihan raya umum ke-12 tiga tahun lalu.

Ahli Parlimen yang dihubungi mengesahkan mereka telah disediakan peruntukan khas dan dibayar antara RM500,000 dan RM2.5 juta.

Bagaimanapun, bergantung pada jumlah pemilih dan sama ada kerusi itu milik BN ataupun sebaliknya.

Seorang wakil rakyat berkata, pembayaran dikeluarkan sejak sebelum Aidilfitri dan akan terus dibayar secara berperingkat sehingga akhir tahun ini.

Bung nafi

Bagaimanapun, Pengerusi Kelab Penyokong-penyokong Kerajaan BN Datuk Bung Mohtar Radin menafikan adanya peruntukan sedemikian.

Dalam laporannya malam tadi, Sin Chew Daily menyebut BN mengklasifikasikan sesuatu bahagian seperti “hitam”, “kelabu” dan “putih” – di mana BN dan Pakatan Rakyat menguasai kerusi atau BN menang dengan majoriti kecil – akan menerima antara RM1 juta dan RM2 juta.

Peruntukan akan diagihkan mengikut kawasan “putih” di mana BN memegang kedua-dua kerusi persekutuan dan negeri.

Akhbar itu juga melaporkan bahawa wakil-wakil BN di Selangor menerima peruntukan bulan lalu.

Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor telah memperuntukkan RM1 juta kepada setiap Adun Januari lalu tetapi tidak kepada wakil rakyat BN.

Tiada ulasan: