Khamis, 22 September 2011

Permohonan sepina Najib, Rosmah didengar 29 Sept

Hafiz Yatim


Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menetapkan 29 September ini bagi mendengar permohonan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor, untuk mengketepikan sepina yang mengkehendaki mereka hadir memberi keterangan pada perbicaraan kes liwat II.

Perkara ini disahkan oleh Peguam Cara Negara II Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden dan peguambela Anwar Sankara Nair selepas kedua-dua pihak bertemu di kamar hakim.

Najib dan Rosmah mengemukakan permohohan mereka semalam dengan empat peguam mewakili pasangan itu.

Mereka adalah - bekas timbalan pendakwa raya Salehuddin Saidin, peguam-peguam kanan jenayah Hisyam Poh Teik, M Athimulan dan Ghazi Ishak.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang dituduh dalam perbicaraan itu, menyifatkan perkembangan terbaru perdana menteri sebagai tidak "cool", dan membidas usaha Najib yang cuba menukar imejnya sebagai 'sempoi' selaras dengan usaha mendekati rakyat, khususnya golongan muda.

Pada perbicaraan hari ini, DNA Australia Dr Brian McDonald diperiksa-balas oleh peguambela Ramkarpal Singh setelah dua hari berturut-turut disoal-balas oleh pihak pendakwaan.

Semalam, pihak pendakwaan cuba mempertikaikan kredibiliti Dr McDonald apabila mengungkitkan semula kes-kes mahkamah yang telah menolak keterangannya.

Tiada ulasan: