Ahad, 18 September 2011

Perkasa tolak jika undang-undang baru tiada ‘semangat’ ISA


KUALA LUMPUR – Perkasa akan menolak undang-undang antikeganasan yang disyorkan oleh pentadbiran Najib jika ia tidak mengekalkan semangat pencegahan yang ada dalam Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali (gambar) berkata kerajaan perlu mengekalkan aspek-aspek berkaitan pencegahan dalam ISA bagi memastikan pihak berkuasa ada peruntukan dan instrumen secukupnya bagi menangani aktiviti-aktiviti subversif dan menjaga keselamatan negara.

Ketua pertubuhan bukan kerajaan membela hak orang Melayu ini berkata, tindakan menghina Islam dan kritikan ke atas Artikel 153 Perlembagaan Persekutuan adalah antara aktiviti yang boleh mencabar kestabilan dan keselamatan rakyat.

“Kami tahu siapa yang melakukannya tetapi sukar untuk membuktikan di mahkamah.

“Tetapi (pasukan) keselamatan tahu siapa yang bertanggungjawab,” kata beliau kepada pemberita selepas mengadakan mesyuarat khas membincangkan pendirian yang diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak Khamis lalu.

MENYUSUL LAGI

Tiada ulasan: