Selasa, 6 September 2011

Pergolakan BN Sabah: Musa Aman bakal dicantas?

WarkahDaily


Dalam diam-diam, rupa-rupanya Barisan Nasional (BN) Sabah sedang berhadapan satu ‘tsunami’ cantas mencantas sesama sendiri apabila dilaporkan para pemimpin Parti Liberal Demokratik (LDP) telah memboikot Rumah Terbuka Aidilfitri Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman dan kabinet negeri di Kompleks Sukan Likas, Kota Kinabalu baru-baru ini.

Dipetik dari Malaysiakini, Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Sabah Datuk Seri Salleh Tun Said Keruak begitu kecewa dengan tindakan para pemimpin LDP yang juga komponen BN itu yang dikatakan tidak menghormati Musa (gambar) dan pimpinan negeri.

Menurut Salleh, para pemimpin LDP itu telah menghadiri rumah terbuka di Istana Negeri dan pemimpin lain termasuk rumah terbuka Naib Presiden Umno Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

Dilaporkan, Presiden LDP Datuk VK Liew telah menghadiri rumah terbuka di Istana Negeri pada raya pertama, namun tidak kelihatan kelibat presiden LDP dan pemimpin lain ke rumah terbuka Ketua Menteri dan Jemaah Menteri di Kompleks Sukan Likas pada keesokkan hari.

Apa yang menjadi tanda tanya buat Salleh yang juga Ketua Umno Bahagian Kota Belud ialah, bagaimana Liew dan pemimpinnya dapat menghadiri rumah terbuka Shafie di Semporna pada raya ketiga dan rumah terbuka Rahim di Paparpada raya keempat padahal kedudukan rumah Shafie adalah jauh.

“Adakah mereka ini terlalu sibuk dengan komitmen lain atau sengaja boikot acara Ketua Menteri dan kerajaan negeri. Kalaulah sengaja boikot, ia sesuatu yang amat mendukacitakan kerana tidak memberi penghormatan kepada Ketua Menteri dan Kabinet Negeri,” kata Salleh.

Kedudukan boikot secara terang-terangan itu jelas sekali menggambarkan kepimpinan Musa Aman di Sabah seolah-olah tidak lagi disukai pemimpin BN lain dan menyebabkan ada usaha untuk menekan kedudukan Ketua Menteri itu dengan memboikot majlis yang diadakan Musa dan cabinet negerinya.

Usaha ‘cantas-mencantas’ dalam BN menjadi suatu perkara lumrah antara pemimpin mereka kerana masing-masing memasang cita-cita untuk berada di kerusi empuk Ketua Menteri. Sudah tentu ia akan memberi satu tamparan hebat buat kepimpin BN pusat untuk menyelesaikan masalah yang mungkin akan mencetuskan perpecahan di kalangan kepimpinan komponen BN Sabah.

Dengan kata lain, BN Sabah kini sedang dilanda musibah tentangan ‘suara senyap’ dari dalaman yang sudah muak dengan kepimpinan lama (Musa Aman) dan semakin membawa padah menjelang Pilihanraya Umum (PRU) ke- 13 yang semakin menghitung hari.

Penulis WarkahDaily percaya, bukan sahaja LDP yang berani meluahkan rasa tidak puas hati mereka terhadap kepimpinan Musa Aman, malahan banyak lagi parti komponen lain yang mungkin bakal meluahkan rasa yang sama secara diam-diam terhadap kepimpinan Musa Aman.

Tak mustahil, demi mengelak perpecahan, Musa Aman bakal dicantas dari kerusi empuknya itu oleh BN pusat sebelum PRU ke-13 menjelma.

22 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

mgkin ada sebb tersendiri LDP tak hadir rumah terbuka Musa. hal ini tak perlu diperbesarkan.

Tanpa Nama berkata...

memang sebelum ini pun LDP dilihat sebagai gunting dalam lipatan BN. ini disebabkan oleh pemimpin2nya yang bersifat ego dan pentingkan diri.

Tanpa Nama berkata...

dalam isu yang terbaru ini kemungkinan juga pemimpin2 LDP sengaja bertindak demikian. tetapi diharapkan perkara ini tidak benar dan ketidakhadiran mereka di rumah terbuka Aidilfitri KM disebabkan adanya hal2 lain yang mereka hadiri dan tidak dapat dielakkan.

nickko berkata...

pemimpin2 LDP sebenarnya ada menghadiri rumah terbuka tersebut.. jadi tidak wujud soal boikot dalam hal ini, melainkan sekadar salah faham..

nickko berkata...

sepatutnya perkara seperti ini didiamkan sahaja bagi mengelakkan ada pihak yang tertarik untuk mempolitikkan isu ini..

mike berkata...

ini bukan isu yang harus disensasikan...ianya mungkin hanya salah faham..tidak payah kecoh2..

mike berkata...

BN sabah tidak dilanda musibah tentangan 'suara senyap' dari dalaman bahkan BN sabah tetap kukuh dan bersedia untuk menghadapi pilihanraya yang mana mungkin diadakan pada bila2 masa.

mike berkata...

yang penting tumpukan perhatian pada tanggungjawab kepada rakyat seperti mana yang selalu KM sabah tekankan..perkara2 kecil dan tidak penting tidak perlu diperbesarkan..

mike berkata...

apa2 pun, diharap perkara kecil seperti ini tidak akan menggugat perpaduan di kalangan parti komponen BN sabah..

POP berkata...

Tak perlulah membesarkan perkara ini..

POP berkata...

mungkin mereka terdapat reasons mereka, janganlah begitu sensitf.

POP berkata...

Jika dibesarkan, nanti salah faham lagi, tak bagus ni..

POP berkata...

Biarkan masalah ini bagi mereka sendiri yang menyelesaikannya.

Paquin berkata...

Pasal isu rumah terbuka ni, biarkanlah ia berlalu. Lagipun macam lucu pula jika hal ini diperbesarkan. hehe

Paquin berkata...

Daripada asyik fikir yang bukan2, mungkin ada baiknya jika kita fikir LDP mungkin ada sebab munasabah tidak dapat hadir dan bukannya dorang tak mahu hadir.

Paquin berkata...

Kalau betulpun, ada pergolakan saya yakin BN pasti dapat menyelesaikannya dengan cara baik.

Paquin berkata...

Soal Musa Aman bakal dicantas, kita tunggu dan lihat sajlah nanti. Susah juga mahu komen. hehe

Paquin berkata...

Apapun, terpulanglah pada penilaian setiap idividu:)

Tanpa Nama berkata...

I don't think there is anything wrong with this. Someone is just trying to sensationalize this issue.

Tanpa Nama berkata...

LDP already explained that some of their members are in attendance of the CM's open house that day. It's just that they are not noticeable among the crowds.

samm berkata...

penjelasan sebenarnya telah pun diberikan..jadi pekara ini tidak lagi menjadi isu..sekarang semua pihak harus fokus untuk menjalankan tanggungjawab mereka..

Hosie Masie berkata...

LDP sendiri tidak pernah bercakap memboikot rumah terbuka Ketua Menteri. Tapi memberikan penjelasan bahawa mereka sibuk ketika itu dan mereka telah menghantar wakil LDP kesana. Mungkin majlis rumah terbuka ramai maka kehadiran wakil LDP terlepas pandang.