Jumaat, 9 September 2011

Pengundi pos: 'Suami isteri' sama nama, jantina...

Susan Loone


DAP mendakwa telah mengesan dalam senarai daftar pemilih tambahan suku kedua di mana terdapat dua kes pasangan anggota tentera didaftar sebagai pengundi pos dengan nama dan jantina yang sama dengan 'suami' mereka.

dap claim army men voters married to themselves 090911 ng wei aik with evidenceSetiausaha DAP Pulau Pinang, Ng Wei Aik (kiri), berkata mereka adalah Zamzan bin Yahya dari Telok Ayer Tawar dan Visinga Ganer Anak Lawrence dari Padang Kota di Pulau Pinang.

"Adakah ini bermakna mereka berkahwin dengan diri mereka sendiri?" tanya ADUN Komtar itu berseloroh.

"Mereka ini mempunyai keistimewaan mengundi dua kali. Kami mengesyaki mereka telah menggunakan nombor kad pengenalan tentera dan nombor kad pengenalan biasa mereka untuk mendaftar sebagai pengundi pos," kata Ng.

Di bawah Undang-undang pilihan raya sekarang, pasangan anggota polis dan tentera diberi pilihan untuk mendaftar sebagai pengundi biasa atau pengundi pos.

Tiada ulasan: