Selasa, 20 September 2011

' Pelantikan penyelaras bidang kuasa negeri’

Manikavasagam gesa ahli cabang terima keputusan kepimpinan negeri



PETALING JAYA: Ahli Parlimen Kapar S Manikavasagam hari ini menjelaskan bahawa pelantikan penyelaras adalah bidang kuasa kepimpinan parti negeri.

“Semua pihak perlu menerima pelantikan yang dibuat oleh kepimpinan negeri,” kata Manikavasagam ketika mengulas laporan penolakan Mohd Bakir Wahab sebagai penyelas Dun Sementa oleh ahli jawatankuasa PKR cabang Kapar.

Akhbar Sinar Harian memetik kenyataan bahawa pengarah pilihan raya umum PKR cabang Kapar Norkhalim Mohamed bahawa penyelaras Sementa Azizi Ayob tidak diberikan surat penamatan jawatan.

Azizi Ayob adalah ketua cabang PKR Kapar.

Norkhalim juga dilaporkan mengatakan bahawa Mohd Bakir Wahab tidak layak dan mendapatkan bantuan orang dalam untuk menjawat jawatan penyelaras.

DUN angkat

“Ketua cabang tidak semestinya jadi penyelaras.

“Ahli Exco Rodziah Ismail pernah menjadkan Sementa sebagai DUN angkatnya (sejak 2009) sebelum pemilihan parti,” tambah Manikavasagam lagi.

Beliau berpendapat bahawa penentangan terhadap pelantikan mungkin berpunca daripada faktor peruntukan yang disalurkan kepada penyelaras DUN.

Sementa merupakan satu-satunya DUN dikuasai Umno BN di kawasan parlimen Kapar menerusi Datuk Abdul Rahman Palil.

Tiada ulasan: