Kesediaan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Abdul Razak untuk bertemu dengan pembikin filem dan ‘penghina’ lagu Negaraku, Wee Meng Chee atau Namewee nampaknya menimbulkan kemarahan ramai blogger, termasuk mereka yang terang-terang pro-pemerintah.
Malah ada yang menganjurkan supaya semua blogger memboikot penyiaran sebarang bahan mengenai BN selama seminggu sebagai tanda protes.
Pertemuan Najib dan rapper kontroversi itu sebagaimana dilaporkan di sini, disifatkan sebagai satu lagi isyarat yang salah daripada Najib.
Berikut adalah petikan luahan keluh kisah dan rungut marah sebahagian blogger berkenaan:
“Apo masalah ekau ni Najib? Ekau memang tut…tut…tut. Ke ekau nak ikut jejak sepupu kau Hisham Bapuk yang asyik nangis sambil goyang kaki bagi amaran tu. Cib…la kau Najib. Memang dasar hampeh, cipan, suwey, derhaka, bac**, gam****tut…tut…tut. Camno la rakyat nak respek dengan kerajaan kok kau sanggup jumpa bangsat Namawee. Memang ekau ni chicken dance, suka tabur duit kat Cina, kecikkan hati orang Islam, tak sayang Melayu tapi sayang Rosmah, jendol, bibir merah, pm liberal dot…dot…dot…” ( http://paneh.blogspot.com/2011/09/nah-najib-nah-sucks-banana.html )
“Saya berani berkata bahawa jika PM Dato Seri Mohd Najib Tun Razak mahu melayan harami#1 kat Malaysia ni @ Namewee ~ Wee Meng Chee, saya bersumpah demi Allahu Ta’ala bahawa kami blogger seMalaysia yang sekian lama ini dok sokong Kerajaan BN Malaysia akan melancarkan PERANG SIBER keatas sekelian kamu yang buat masa sekarang ini masih memegang teraju kuasa pemerintahan kat Malaysia, bekas Tanah Melayu ini!!!” ( http://mahaguru58.blogspot.com/2011/09/najib-tun-razak-jika-nak-kalah-pru13.html)
“Malam tadi saya dah korek keluar parang panjang yang telah lama saya simpan dalam stor. Hari ini saya nak asah parang tersebut tajam-tajam. Saya akan guna parang tersebut untuk potong kaki namewee sebaik sahaja dia melangkah keluar dari pertemuan dengan PM. Kalau tak dapat hari itu , saya akan usahakan pada hari lain. Tapi yang nyata saya akan potong kaki namewee sekiranya berlaku pertemuan dia dengan PM. Manusia bangsat seperti itu perlu diajar cukup-cukup supaya jadi pengajaran kepada orang lain. Satu sen pun tak perlu di tolong. Kalau sekali dia kurang ajar kita mungkin boleh terima. Tapi kalau berkali-kali itu sengaja dan sudah melampau.” ( http://ruangbicarafaisal.blogspot.com/)
“Apa yang sebenarnya ada dalam kepala otak Najib dan para pegawainya ? Nak buktikan apa melalui perjumpaan itu ? Saya tidak salahkan para bloggers diatas dan ramai lagi yang ternyata amat kecewa dengan berita ini, malah saya sokong mereka sepenuhnya ! Jadi sesiapa nak jumpa PM lepas ni kena jadi KURANG AJAR macam Namewee la ya, baru dapat jumpa PM? Come on la….persoalannya sekarang ni…BERBALOIKAH BN HILANG KUASA DEMI NAMEWEE BABI NI?” ( http://www.parpukari.blogspot.com/)
“Kalau ada sesiapa yang nak jumpa Perdana Menteri atau menerima jemputan dari Pejabat Perdana Menteri, jangan sibuk nak sokong kerajaan. Tak perlu membodek atau mengampu macam yang dilakukan oleh Setiausaha-Setiausaha Akhbar atau Ketua-Ketua Bahagian. Tak perlu juga sibuk nak cari jalan berjumpa Rosmah Mansor pun!!! Cukup dengan mentertawakan dan memperlekehkan negara… nak lagi cepat, gelak-gelakkan azan dan wanita Islam bertudung… kalau nak cepat lagi, cakap ajer, AZAN SUBUH SEPERTI LOLONGAN ANJING…” ( http://theflyingkick.blogspot.com/2011/09/jom-jadi-haramjadah-nanti-pejabat.html)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan