Rabu, 21 September 2011

Najib, Rosmah mohon ketepi sepina jadi saksi

Joseph Sipalan

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor memfailkan permohonan untuk mengketepikan sepina yang mengkehendaki mereka untuk tampil sebagai saksi pembelaan pada perbicaraan liwat yang membabitkan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sedang berlangsung.

NONEPermohonan difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur sekitar jam 3.30 petang oleh empat peguam kanan yang mewakili mereka.

Salehuddin Saidin (kiri), antara empat peguam yang bertindak bagi pihak Najib dan Rosmah mengesahkan permohonan telah difailkan tetapi enggan memberikan butiran lanjut.

"Cukup setakat ini bagi dikatakan bahawa kami telah failkan permohonan untuk mengketepikan sepina bagi pihakDatuk Seri Najib dan isterinya,” katanya kepada wartawan.

Apabila diasak wartawan untuk butiran lanjut, Salehuddin berkata beliau hanya boleh mendedahkan maklumat sebaik salinan permohonan itu daripada Mahkamah Tinggi dan telah diserahkan kepada peguambela Anwar.

Salehuddin, yang merupakan bekas timbalan pendakwa raya juga memberitahu timbalan pendaftar Mahkamah Tinggi telah menetapkan esok bagi semua pihak hadir di mahkamah bagi menentukan tariikh bagi mendengar permohonan itu.

azlanPada 8 Ogos lalu, Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah yang sedang mendengar kes itu, membenarkan permohonan Anwar untuk menyoal 71 saksi yang ditawarkan oleh pihak pendakwaan termasuk Najib dan Rosmah, untuk dijadikan saksi pembelaan.

Anwar, 64, menghadapi pertuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan, 26, di Kondominium Desa Damansara di sini antara 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.

Tiada ulasan: