Selasa, 20 September 2011

MP ramal pilihan raya awal tahun depan

Menurut mereka, pembentangan bajet pada bulan Oktober menyebabkan kerajaan pilihan raya umum tidak diadakan tahun ini.



PETALING JAYA: Ahli Parlimen BN dan Pakatan Rakyat sepakat bahawa parlimen akan dibubarkan awal tahun depan bagi memberi laluan kepada pilihan raya umum ke 13.

Menurut mereka, pembentangan bajet pada bulan Oktober menyebabkan kerajaan pilihan raya umum tidak diadakan tahun ini.

“Saya tidak menjangka pilihan raya umum akan diadakan dalam masa terdekat. Saya rasa pilihanraya umum akan diadakan pada bulan Februari atau Mac tahun depan,” kata ahli Parlimen Kapar, S. Manikavasagam.

“Mac 2011 ialah kerana Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sukakan tarikh tersebut,” kata ahli Parlimen PKR itu.

Ahli parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua juga yakin bahawa pilihan raya umum akan diadakan pada tahun hadapan.

November tidak sesuai

“Ada ura-ura mengatakan ia akan berlaku pada November ini, tetapi saya rasa tidak sesuai kerana belanjawan akan dibentangkan pada Oktober hadapan,” kata setiausaha publisiti DAP.

DAP, tegasnya akan memfokuskan gerakan di beberapa negeri antaranya, Johor, Pahang, Sarawak dan Sabah.

Menteri Sumber Manusia Datuk Dr S Subramaniam merangkap Timbalan Presiden MIC turut menjangkakan pilihanraya umum akan diadakan di dalam suku pertama tahun hadapan.

Beliau yakin bahawa BN akan menang meskipun menjangka akan berhadapan saingan sengit dari Pakatan.

“Saban hari kita lihat ahli pembangkang memberi kenyataan yang bercanggah antara satu sama lain. Perdana Menteri pula telah memperkenalkan pelbagai inisiatif yang mesra rakyat,” tambahnya.

Tiada ulasan: