SHAH ALAM : Kesatuan Kebangsaan Wartawan (NUJ) menyambut baik keputusan kerajaan untuk memansuhkan lesen tahunan bagi media cetak di bawah Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984.
Bagaimanapun, Setiausaha Agungnya, V Anbagalan berkata, pihaknya berharap penerbit yang melanggar undang-undang akan diberi semua peluang untuk membela diri berdasarkan proses perundangan.
"Pemansuhan itu adalah satu langkah besar dan bermakna berikutan wujudnya kepastian untuk pemegang lesen,"katanya.
"Bagaimanapun, NUJ berharap penerbit yang melanggar undang-undang akan diberi semua peluang untuk membela diri berdasarkan proses perundangan," katanya dalam satu kenyataan.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam perutusan khasnya sempena Hari Malaysia semalam mengumumkan satu kajian menyeluruh akan dilakukan terhadap akta berkenaan dan pemansuhan pembaharuan lesen secara tahunan yang akan diganti dengan pemberian lesen berterusan sehinggalah ia ditarik balik.
Anbalagan berkata ketika ini, keputusan Menteri Dalam Negeri untuk tidak memperbaharui lesen berkenaan tidak boleh dicabar di mahkamah melalui semakan kehakiman.
Sehubungan itu, beliau berkata NUJ meminta kerajaan memberikan satu jadual bila pindaan undang-undang itu akan dilakukan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan