Selangor telah mencetuskan pelbagai kontroversi sepanjang Pakatan Rakyat memerintah negeri itu sejak tiga tahun lalu.
PETALING JAYA: Sama ada pilihan raya umum akan diadakan tahun ini atau tahun 2012, tidak syak lagi tumpuan BN dan Pakatan Rakyat akan tertumpu kepada Selangor.
Tarikan Selangor melebihi Pulau Pinang, Kelantan dan Kedah walaupun kesemuanya diperintah Pakatan Rakyat sejak pilihan raya umum 2008.
Konvensyen BN Selangor Sabtu lalu semata-mata untuk menunjukkan kepada umum bahawa parti itu sudah bersedia merampas semula tampuk pemerintahan kerajaan negeri dalam pilihan raya umum akan datang.
Selangor telah mencetuskan pelbagai kontroversi sepanjang Pakatan Rakyat memerintah negeri itu sejak tiga tahun lalu.
Kontroversi bermula dengan arahan kerajaan negeri memindah kuil dari Seksyen 19 ke Seksyen 23 di Shah Alam yang menyebabkan bantahan besar penduduk beragama Islam.
Mereka berarak membawa kepala lembu di depan pejabat menteri besar di Shah Alam sebagai tanda protes.
Serbuan JJAIS
Kerajaan negeri terus mencipta kontroversi apabila Majlis Bandar Raya Petaling Jaya (MBPJ) melarang penjualan arak di kedai kawasan ramai kediaman umat Islam. Beberapa wakil rakyat bukan Islam membantah menyebabkan arahan itu dibatalkan.
Namun isu yang paling mengemparkan ialah serbuan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) ke atas sebuah gereja di Petaling Jaya bulan lalu.
PAS menuduh Umno negeri mendalangi serbuah tersebut dan seperti dijangka Umno menafikan dan memfailkan saman terhadap pimpinan utama PAS.
“Rakyat sudah muak dengan kerajaan Pakatan rakyat yang tidak habis-habis dengan pelbagai kontroversi. Mana kredibiliti Menteri Besar.
“Mana janji kononnya menjadikan Selangor negeri terbaik. Tan Sri Khalid Ibrahim gagal memerintah Selangor,” kata Pengerusi Gabungan Anti Penyelewengan Selangor (Gaps), Hamidzun Khairuddin.
“Saya rasa Pakatan Rakyat akan lingkup (tumbang) di Selangor kali ini. Terlalu banyak skandal dan kontroversi yang berlaku.
Orang Melayu marah
“Yang paling marah tentu orang Melayu. Lihat apa yang berlaku kepada mereka sejak PKR memerintah.”
Bagaimanapun, pemimpin muda PKR Petaling Jaya, Halimey Abu Bakar berkata, sokongan pengundi kepada kerajaan negeri tidak berubah.
Menurutnya, sebahagian besar janji kerajaan negeri kepada rakyat ditunaikan seperti pemberian air percuma kepada golongan miskin.
“Isu gereja tidak akan mempengaruhi pengundi.
“Rakat masih bersama Pakatan Rakyat walaupun sokongan pengundi India menurun 10 peratus berbanding 2008 ” tegasnya yang juga ahli majlis MBPJ.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan